Wednesday, September 2, 2009

Gathering B2206

Salam. 31 Ogos yang lepas aku telah menjemput x-roomies aku (Kelly, Ina n CG) semasa di UiTM Alor Gajah dulu. Mulanya aku cuma ingin bertanyakan khabar si Kelly n dia ajak berbuka sama2 n suggestkan utk aku memasak. Dan aku plak fikir dah alang2 tu ajaklah si Ina n CG skali. Bukan senang nak berkumpul mcm ni.
Kebetulan birthday CG br lepas one day b4 puasa ari tu n dia pernah request tiramisu so hari tu aku buatkanlah kek tu untuk dia. Menu hari tu ikan siakap sweet n sour, ayam masak kicap, sayur campur, tempe goreng, udang goreng tepung n air bandung. Udang tu si Ina yang goreng. Selain tu dia buat cendawan goreng gak. Siap bawa tepung special n terung lagi. Kelly n Zimah bawa tembikai n honey dew. Si CG dtg bawa Ayie...hihihi
Bila dh berkumpul tu keluarlah cerita2 lama. Gelak sakan. Memang manis sungguh kenangan sepanjang belajar di Melaka. Terutamanya kwn2 sebilik, se-level n se-blok. Macam2. Ada yang pahit gak tetapi manis lebih mengatasi. Rindu betul dengan waktu2 itu...
Sekarang semua dah ada kerja sendiri. Nak jumpa pun siap kena buat temujanji awal2 especially si Kelly tu. Untuk awal September ni dh fully booked. Apa2 pun aku bersyukur kerana dapat mengenali diaorg ni. Di kala duka ada juga penghiburnya.


No comments: