Saturday, September 26, 2009

Hari Raya Saya Tahun Ini

Salam. Diam tak diam hari ini dah 7 hari umat Islam merayakan Aidilfitri. Bandar Kuala Lumpur sudah mula sibuk dengan kenderaan yang mana kebanyakkan warga kota sudah pulang semula untuk menjalani hari2 seperti biasa. Namun aku rasa mood raya masih menebal dan sudah pasti banyak rumah2 terbuka akan diadakan sepanjang bulan Syawal ini.
Bagi diriku raya pada tahun ini amatlah kurang meriahnya. Memandangkan ibuku pergi ke Qatar untuk beraya bersama adik perempuanku yang sedang dalam pantang anak ketiganya dan adik lelakiku pulang ke kampung mertuanya, aku dan suami menyambut Syawal di rumah kami di Kuala Lumpur. Pada mulanya ingin juga pulang ke Pekan untuk menyambut raya tetapi apabila mengenangkan hanya kami berdua yang akan bersiap sedia di rumah besar itu pada malam raya, maka kami batalkan saja niat itu. Walaubagaimanapun kami pulang juga pada hari raya ketiga kerana adik lelaki ku juga pulang jadi kami beraya ke rumah datuk serta ibu dan bapa saudara kami.
Hari raya kami berlalu dengan begitu ringkas. Selepas suamiku pulang dari solat sunat hari raya, kami bermaafan, bersarapan dan keluar beraya ke rumah abangnya. Kemudian kami ke rumah datuk saudara suamiku dan seterusnya ke rumah ibu angkatku. Malam itu kami ke rumah adik perempuan suamiku untuk makan malam. Dengan itu, tamatlah hari raya pertama kami.
Pada hari kedua Syawal aku menerima kunjungan kawan sekolah ku yang sudah hampir 15 tahun tidak bertemu. Kebetulan dia ke KL untuk menziarahi adikya di Hospital Ampang maka dia bertandang ke rumahku. Sempatlah mengemaskini cerita2 terbaru kami. Aku cuma sempat menjamunya dengan nasi tomato dan ayam masak merah kerana pasar masih belum beroperasi seperti biasa.
Bangun pagi hari raya ketiga suamiku tiba2 menyuarakan hasrat untuk pulang ke kampung Pekan, Pahang. Belum sampai ke rumah, ayahku sudah menelefon membuat permintaan untuk mee rebus. Apa lagi, sesampai je di rumah Pekan, terus kami ke dapur untuk memasak. Sempatlah hantar ke rumah datukku kerana mee rebus ini merupakan antara menu kegemarannya. Esoknya aktiviti biasa kami pun bermula. Sesudah sarapan dengan mee rebus, kami meneruskan menu dengan lontong dan sebelah malamnya pula kami makan malam dengan asam pedas kepala ikan. Kiranya seharian itu agak sibuk kerana saudara mara dan kawan2 ayahku ramai yang datang sebab baru hari itulah rumahnya terbuka.
Kami pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari Khamis. Tidak sempat juga aku beraya ke rumah kawan2ku di kampung. Betul2 terasa tidak meriah suasana rayaku pada tahun ini. Cemburu aku melihat gambar2 raya yang kawan2ku upload dalam Facebook. Aku pun tak sempat ambil gambar walau sekeping pun.
Namun pada hari Jumaat anak2 suamiku sudah pulang dari kampung maka kami pun keluar menonton wayang. Sekurang2nya ada lah juga rasa hari raya bila anak2 berkumpul ni. Harap2 tahun depan daptlah adik perempuanku beraya di Malaysia supaya kami dapat berkumpul sekeluarga semula. Sungguh tidak seronok raya saya tahun ini!
Anyway, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam.

No comments: