Wednesday, April 29, 2009

Chilled Blueberry Cheese Cake

Ini kek yang sudah sedia untuk dimakan

Ini rupa kek sebelum di"make-up"

Ini kek yang sudah siap di"make-up"

Ini pun, saje nk amik gambar lagi...

Ini kek yang telah "dinodai"

Salam. Kali ini aku upload gambar blueberry cheesecake aku plak. Ini non-bake cheesecake maknanya x yah bakar lah. So, kalau rumah sape2 yang xde oven tu still blh buat kek ni. Birthday ayah aku baru ni, inilah kek yg aku buat tp x sempat nk snap gambar so terpaksalah buat lg skali. Lagipun bhn2nya pun ada lagi. So selamat menjamu mata!

Sunday, April 26, 2009

Carrot Walnut Cake






Salam. Demi untuk mencapai cita-cita aku untuk menceburi bidang perniagaan internet ni maka terpaksalah aku melabur untuk mebuat kek-kek yang ingin dijadikan sample catalog. Anyway, aku memang enjoy baking dan happy ketika melakukannya. So, kali ini aku nak share gambar carrot walnut cake aku ni. Teringat kat Haza, hari tu dia yang cakap teringin nak makan kek ni. Insya-Allah petang ni aku nak gi hantar ke rumah dia.
Nak dijadikan rezeki, semalam mak aku pulang ke Pekan. So aku kirimlah 3/4 kek ini untuk diagih2kan kepada orang kampung (jiran2 aku bukannya satu Pekan). Apa salahnya memanjang-manjangkan rezeki, iye dok?

Saturday, April 25, 2009

Karaoke Session

Bersemangat daddy nyanyi sampai tutup2 mata pastu mulalah lupa lirik

My BFF - control ayu lah plak

Sempatlah lagi nk berposing sementara tunggu turn

Macam betul2 je nyanyi, walhal miing jer...

Muka tension, "bila nk sampai turn aku ni, asyik diaorg je!"

Salam. Malam tadi aku, hubby, and my parents pergi berkaraoke. Sebenarnya memang dah lama sangat ayahku mengajak aku pergi karaoke tetapi tak pernah berkesempatan. Mak n ayah aku memang kaki karaoke, kalau ikutkan kat rumah diaorang di kampung tu set karaoke n sound systemnya itu boleh bukak satu pusat karaoke tapi biasalah orang berumur, selection lagu diaorg kuranglah menawan sket.
Bagi aku plak, menyedari kekurangan diri ini maka tak pernahlah aku membuka mulut untuk menyanyi berkaraoke ini walaupun seorang diri di rumah. Aku sendiri pun malu nak mendengar suara aku apatah lagi nak diperdengarkan kepada orang lain. Oh, tidaklah! Tetapi semuanya bermula pada tahun lepas ketika adik lelaki ku baru melangsungkan perkahwinan dan adik perempuanku pulang bercuti bersama suaminya ke Malaysia. Kami bertiga bersama pasangan masing-masing pergi berkaraoke dan itulah detik pertama di dalam hidupku terlibat dengan aktiviti ini. Seronok jugak rupanya. Lantak pi lah suara tak sedap, janji hati happy. Bukannya nak ujibakat untuk AF ke, Bintang RTM ke atau pun OIAM.
Berbalik kepada malam tadi, selain dari kami berempat aku ajaklah 'BFF' aku (Kelly) untuk join skali. Apa lagi, gempaklah! Ayah aku pun ada kawan dia yang join tapi kesian nampaknya dia tak berapa enjoy malam tadi...

Friday, April 24, 2009

Order from Kelly






Salam. Dah lama aku tak buat cupcakes. So, kali ni saje nak share gambar cupcakes yang aku buat semalam order dari Kelly untuk officemate adik dia yang bertunang dan nak buat makan2. Simple but nice...

Newborn Baby Ilhan Danial



Salam. Semalam aku pergi melawat Kee (my 2nd cousin) baru bersalin baby boy. Namanya Ilhan Danial. Comel sangat. Beratnya cuma 2.75 kg, maklumlah mama nya pun kecik je orangnya. Aku plak kebetulan rindu sangat nak cium bau newborn baby, apa lagi bila dapat je sms terus plan pergi rumah dia. Sempatlah berposing ngan baby Ilhan...

Sunday, April 19, 2009

Welcome Home

Gambar suamiku (muka yang dibulatkan) sedang bergaya di hadapan senarai sponsors for Langkawi International Masters 2009


Salam. Hari ini dua insan tersayang aku pulang ke Kuala Lumpur. Suamiku telah pulang setelah 4 hari 3 malam berpisah denganku untuk menyertai kejohanan golf - Langkawi Open 2009. Tak sabar nak menunggu kepulangannya. Almaklumlah, kami ni memang jarang-jarang sekali berpisah.
Ibuku pula pulang setelah sebulan menemani adikku yang sedang sarat mengandung di Doha, Qatar. Aku tak sabar untuk berjumpa dan 'update' cerita-cerita baru tentang anak-anak buahku di sana disamping ingin melihat apakah ole-ole yang dikirim kali ini.
Ain pula telah kembali ke Kem Rachardo Bay, Port Dickson untuk meneruskan tempoh latihan PLKN nya. Kesian dia, balik untuk berehat di rumah tetapi tertinggal pula ubat yang diberi doktor. Harap-harap dia berjaya untuk menempuhi tempoh 2 bulan lagi di kem tersebut.
Memandangkan semua orang sudah balik ke tempat asal maka perjalanan hidup ini akan diteruskan seperti biasa dan semoga hari-hari yang mendatang merupakan hari-hari yang bahagia dalam hidupku. Ameen...

Saturday, April 18, 2009

Cuppies

Ini design masa gi menuntut ilmu

Ini masa birthday Sara

Ini design amik dari Tok Guru - lea-oven.blogspot.com

Camne aku blh tersilap? padahal bdk tu umur br 1 tahun...

Ini untuk wedding anak jiran cum sedara aku

Ini untuk cukur jambul anak buah Zimah

Ini untuk wedding officemate Kelly


Salam. Sejak beberapa bulan yang lalu aku telah mempunyai hobi yang baru iaitu baking cake. Kalau sebelum ni aku tiap kali raya cuma buat cookies tapi kali ini tidak lagi. Dulu aku pernah gak nak cuba buat kek tapi selalu je tak menjadi. Tapi sekarang ni, amik je resepi kat mana2 turned out to be ok je.
Anyway, aku tidaklah nak sombong diri maka aku pergilah menuntut ilmu dengan mereka yang mahir ni. First, aku pergi belajar ngan Kak Lea (lea-oven.blogspot.com) cara2 nak menghias cupcakes. Jadi, taulah caranya nak bancuh buttercream yang sedap dan buat fondant. Kemudiannya aku pergi plak belajar ngan Pn. Noraini (resipinoraini.blogspot.com) beberapa resepi kek popular dan cara2 yang betul dalam membancuh kek ni. Ya...cara mesti betul to make sure kek tu 100% jadi.
Tetapi...ilmu yang dituntut tu masih belum mencukupi maka tengoklah, lepas ni mungkin aku akan terus lagi menyertai beberapa kursus ni. Di sini aku letaklah sebahagian dari cupcakes yang pernah aku buat. Bagi kek pula gambar akan menyusul kemudian. Namun, kalau setakat tiramisu, cheesecake, black forest, chocolate moist, etc...tu insya-Allah aku bolah buat dah...
So kawan2....kalau ada yang nak menempah tu jangan segan2 email saya di farah.kamal@yahoo.com ye. Harga boleh dirunding. Tapi ingat, business is business, jadi janganlah plak ada yang request nak free. Boleh....tp tunggu saya buat function kat umah nnti ye!

Jangan Tegur

Gambar ni gelap sket...

Yang ini terang sgtlah plak

Muka orang sakitlah konon..

Muka org sebelah tu muka orang kena kurung 1 bulan dlm kem..hehehe..


Salam. Tengahari tadi Ain call cakap dia dapat MC 3 hari kerana pinggang dia bengkak kemungkinan salah tidur. Aku pun apa lagi bergegaslah ke PD untuk mengambilnya. Bukannya apa, oleh kerana sakitnya tak serius boleh jugaklah dia menemankan aku kat umah ni. Kebetulan memang aku berseorangan 2-3 hari ni.
Sampai rumah, mandi dan terus keluar balik untuk pergi menonton filem Jangan Tegur. Ceritanya oklah tapi better Jangan Pandang Belakang (pendapatku). Jalan cerita tidak kuat dan lakonan Julia Ziegler masih kaku. Namun begitu watak ketika dia dirasuk tu memang tak dapat dinafikan kehebatannya. Yang peliknya ketika itu tak nampaklah pula kakunya dia.
Selesai filem tu, singgahlah aku n Ain kat tepi pool KLCC tu. Saje nak mengambil angin dan sebab dah lama tak duduk kat situ. Maka sempatlah aku berposing dalam gambar 1-2 keping.

Thursday, April 16, 2009

Good Luck Love

Salam. Ari ni suami aku pergi tournament golf kat Langkawi - Langkawi Open 2009. Ini merupakan acara tahunan dia. Seperti biasa aku kena tinggal kerana ini ialah masanya untuk menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Tetapi kali ini aku tinggal bersendirian dirumah kerana mak aku masih di Qatar dan Ain mengikuti PLKN di Port Dickson.
Aku takdelah kisah sangat tinggal bersendirian ni kerana aku memang sukakan suasana yang tenang dan sepi sesekali. Namun aku agak risau kerana memandangkan keadaan BP aku yang semakin parah sekarang ni. Ya Allah, minta-mintalah aku sihat selalu hendaknya.
Apa aktiviti yang ingn aku lakukan sepanjang 4 hari 3 malam ni? Ewah, macam percutian plak ye. Ingatkan nak buat kek, maklumlah dah banyak resepi baru yang dapat tapi susah jugak sebab dah jadi keliru nak pilih yang mana satu...herm....
Apa-apa pun, esok aku akan tentukan......

Wednesday, April 15, 2009

Kursus Kek Popular

Ini proses masuk kek dalam kotak nak bawa balik


Pn. Noraini sedang beri penerangan


Gambar sebagai bukti


Semua orang nak berdiri keliling meja, terpaksa mengintai...


"Macam ni caranya murid-murid..."


Salam. Hari Sabtu, 11 April 2009 aku, Kelly ngan Zimah pergi kursus kek kat Aniz Baking Centre kelolaan Puan Noraini Zakaria. Dapatlah aku menambah ilmu dalam membuat kek. Dapat juga aku mengetahui cara-cara yang betul dalam membancuh kek ni. Kalau sebelum ni main pakai hentam je, sekarang aku dah tau serba sedikit teknik yang betul. Dalam post aku yang sebelum ni masa aku buat favourite cake aku tu pun aku pakai resepi dari Puan Noraini. Resepi yang dia bagi bagusnya sebab complete dengan cara macam mana nak buat kek tu. So, kebarangkalian untuk menjadi tu tinggilah. Kiranya lepas ni kalau nak buat kek - sebut je apa insya-Allah mesti boleh punyalah...Anyway, pada cikgu - Terima kasih banyak2 dengan ilmu yang telah dicurahkan...