Friday, May 29, 2009

Panggilan Pulau (2)

Salam. Kali ini aku sambung entry ini dengan aktiviti2 yang telah aku lakukan sepanjang aku di Pulau Perhentian. Hari kedua aku di sana dimulakan dengan sarapan pagi menghadap ke laut. Yang seronoknya kat resort ni, pantainya cantik.


Kiranya inilah pandangan dari sudut mata kitaorang. Bertentangan dengan pulau perhentian kecil di hadapan kami.





Di sini aku nak menunjukkan betapa jernihnya air sampaikan batu n kaki aku nampak clear sangat di dalam air.


Inilah pintu masuk resort tu - Coral View Island Resort. Jangan lepaskan peluang ke sini kalau ingin ke Pulau Perhentian. Ownernya kawan ayah aku. Orang Melayu. Bangga aku dengan melayu seorang ni, standard hotel macam 4 stars.




Ha...ini suamiku tengah bagi ikan makan. Tempat ni cuma 5 langkah dari pantai dan kira-kira 7 meter dari bilik kitaorang.



Chalet yang nampak itulah tempat kitaorang. Menghadap ke pantai (seaview) so seronoklah dapat cuci mata...




Okeylah, nanti aku sambung lagi...

Panggilan Pulau (1)


Ketika bergerak meninggalkan jeti Kuala Besut


Suamiku memang excited nak menghabiskan masa di Pulau


Kesian, keletihan memandu suamiku


Menghadap memandang ke laut memang kegemaran suamiku, dia boleh menghabiskan masa beberapa jam macam ni


Aku memang suka mengada-ngada mengambil gambar


Inilah rupa bilik penginapan kami tetapi belum sepenuhnya kerana kalau diikutkan bilik ni agak selesa besarnya


Ini sebelah petang ketika bangun tidur kerana keletiahan perjalanan kami


Inilah pandangan dari restoran hotel yang kami menginap


Salam. Tahun ini suamiku ingin mengulangi tempat yang telah kami pergi tahun lepas kerana keindahan dan ketenangan di sini tidak puas dirasai. Sememangnya kami suka menghabiskan masa di kepulauan setiap tahun dan tahun ni kami kembali ke Pulau Perhentian.
Istimewanya Pulau Perhentian ini adalah kerana ia merupakan sebuah pulau taman laut yang mana biasanya jika di pulau-pulau lain taman laut hanya terletak di satu tempat di sebuah pulau itu. Berbeza dengan Pulau Perhentian, sebuah pulau itu dikenali sebagai taman laut kerana kita dapat melihat batu karang yang sesetengahnya masih hidup dan hidupan laut hanya di tepi pantai di luar bilik penginapan.
Sebenarnya ketika menulis blog ini aku masih berada di pulau. Aku akan menghabiskan 4 hari 3 malam disini. Aku sampai pada hari rabu dan hari ini (Jumaat) sudah ramai pelancong-pelancong tempatan yang mula mendaftar masuk ke pulau ini memandangkan sudah bermulanya cuti sekolah. Kalau sebelum ini biasanya kepulauan ini dipenuhi dengan pelancong-pelancong luar terutamanya dari Eropah.
Berbanding pada tahun lepas aku ke sini pada bulan Februari yang mana ketika itu angin monsoon masih belum habis sepenuhnya jadi keadaan laut agak bergelombang besar ketika perjalanan dari tanah besar ke pulau. Kali ini lautannya agak tenang dan alhamdulillah, tidaklah kecut perutku ketika naik speed boat tu.
Oklah, aku berhenti di sini dahulu dan akan ku sambung aktiviti-aktiviti yang telah ku lakukan di sini nanti dalam sambungan seterusnya...chiow..

Saturday, May 23, 2009

Ikatan Suci Perkahwinan

Salam. Hari ini aku telah membaca satu luahan dan pendapat mengenai perkahwinan. Katanya perkahwinan itu umpama perjudian. Kalau menang, bahagialah perkahwinan itu dan sekiranya kalah, gagal lah sebuah perkahwinan itu. Perkara ini sebenarnya subjektif yang mana ianya bergantung kepada seseorang individu itu. Tetapi bagi aku, kita berbalik kepada niat sebenar ketika melangsungkan perkahwinan.
Kalau diikutkan, perkahwinan merupakan perkara yang sangat dituntut dalam agama Islam kepada lelaki atau perempuan yang berkemampuan dari segi fizikal dan rohani. Hukumnya wajib sekiranya seseorang itu berkemampuan dan tanpa berkahwin ia boleh mendatangkan maksiat. Sunat kepada yang berkemampuan dan dia tiada bimbang untuk terjerumus ke arah maksiat. Haram sekiranya tujuan perkahwinan hanyalah untuk menganiayai isteri dan makruh sekiranya tidak mampu tetapi tidak menyebabkan kemudaratan kepada isteri.
Aku pun bukanlah arif sangat mengenai hukum ini, namun cukuplah untuk aku memahami konsep perkahwinan tersebut. Aku sendiri tidak faham kenapa mereka yang sudah cukup syarat-syarat di atas masih tidak mahu mengambil langkah untuk membuat satu ikatan atau komitmen kepada pasangan. Lainlah jika mereka masih mencari-cari calon yang sesuai. Ini tidak, rasanya ikatan persahabatan yang bertahun-tahun itu cukup untuk meyakinkan kita mengambil langkah. Bagiku, tidak semestinya hubungan yang panjang jangkamasanya menjaminkan hubungan selepas berkahwin. Ini kerana setelah berkahwin barulah anda akan mengenali siapa sebenarnya pasangan anda. Tidak mustahil juga ia mengambil masa bertahun-tahun selepas berkahwin.
Bagiku juga berkahwin itu bukanlah semata-mata untuk nafsu tetapi lebih kepada teman untuk bersama di dalam susah dan senang. Hidup lebih bermakna sekiranya kita dapat berkongsi kegembiraan dan kesedihan dengan insan tersayang. Namun mungkin juga dengan peredaran zaman, mereka merasakan tanpa berkahwin pun semuanya dapat dirasai bersama. Tetapi percayalah, ianya tidak sama sekiranya kita sudah berkahwin jika dibandingkan dengan kehidupan "seperti" orang sudah berkahwin.
Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun perkenalan aku dan suamiku singkat namun aku bahagia bersamanya dan cinta kami mekar selepas berkahwin. Diharap ianya berkekalan sehingga ke akhir hayatku. Insya-Allah. Ameen.

Tuesday, May 19, 2009

My First Attempt with Fondant






Salam. Yesterday I baked chocolate moist cake for Along's (my staff) birthday and I am so anxious to play with my fondant cutter set. So, what I did is I try to deco on Along's cake. Eventhough the design is a little bit "girly" but he's ok with that coz he thinks it looks cool. Anyway, the thought that counts right?!
To order, click here.

Friday, May 15, 2009

Jual Tudung Ekin


Salam. Sekarang di pasaran antara tudung yang tengah "meletups" ialah tudung Ekin. Aku pun tak terkecuali daripada salah seorang kaum hawa yang gila membeli tudung ni. Aku pernah juga mencuba sebelum ni tapi aku rasa macam tak berapa sesuai dengan muka aku yang bulat ni. Tetapi, baru2 ini selepas aku mencuba tudung yang aku beli dari salah satu butik terkenal tu, maka aku jatuh cinta plak dengan tudung ni.
Bukannya apa, cara pemakaiannya sangat senang - cuma sarung je. Tak payah nak berpin2 sana sini. Aku ni dah lah simple orangnya (chewah!!) tak suka nak banyak2 sgt brooch. Maka aku intailah beberapa peniaga lain yang mengeluarkan tudung ala2 mcm ni. Dengan tidak semena2 aku pun berminat nak berniaga tudung ni (giler berniaga je aku ni!). Tapi bukanlah aku jahit sendiri, kalau semuanya aku, mau terkangkang kepenatan, semua nak buat sendiri. Aku cuma cari kain je, tailor aku buat the rest.
So, aku cubalah beli kain murah dulu n minta tailor aku jahitkan ikut template original tudung butik tu. Maka inilah terhasilnya tudung tersebut. Oklah kan?!

Kek Lapis Asam Manis




Salam. Semalam aku buat Kek Lapis Asam Manis. Teringat plak 5 tahun yang lepas masa aku kahwin, inilah kek hantaran aku. Bosan dengan kek2 biasa yang beraising tu, maka mak aku pun tempahlah kek lapis je. Boleh makan banyak, xdelah muak sangat.
Tetapi, kek yang aku buat kali ni agak "kegelapan" sikit. Iyelah, takkan nak sempurna je sepanjang masa kan?! Lagipun aku buat pun untuk makan sendiri. Apa pun suami kata ok je rasanya, tidak seperti rupanya. Oklah tu kot sebab suami aku ni kalau pasal komen memang kejam biasanya. Kalau tak sedap, terus je cakap. Kalau tak, takdelah aku menangis masa baru2 kahwin dulu sebab dia komen masakan aku yang tak kena dengan selera dia. Iyelah, dia orang minang, suka makan masakan gulai lemak manakala aku plak tekak suka asam pedas, xde santan. Tapi sekarang dah ok, dia cakap aku dah cemerlang dengan selera dia...hihihi..

My Collection of Sophie Kinsella's


Salam. Last month I went to watch Confession of a Shopaholic with my friend - Ina Datin. Why am I calling her by the name Datin? It's another story... What I want to share with you is my collection of Sophie Kinsella's. She has a series of shopaholic from - Confessions of a Shopaholic, Shopaholic Takes Manhattan, Shopaholic Ties the Knot, Shopaholic and Sisters, and Shopaholic and Baby. I have all of the series!
Actually my favourite Kinsella's is not one of the shopaholic series but her other work called Can You Keep A Secret? This story is hillarious and funny. I can't stop turning the page by page and finished it in just one night. Another 2 books of hers are Undomestic Goddes and the latest one is Remember Me? What I like most about Kinsella's is the way the main character was thinking. It's just like we would be doing the same thing. In other word, it's logical.
Back to the movie, I think that is the most interesting movie I have seen in the past two years. I can't stop smiling from the beginning of the movie until the end of it. Another two thumbs up to Kinsella. So ladies, for those who are not watching the movie yet, please go and find the DVD. You won't be regret.

Sunday, May 10, 2009

Thanks Ayeen!

Salam. Seronok aku 2 hari ni sebab dapat menyibukkan diri di dapur membuat kek. Bukannya apa, selalu bila tibanya hari minggu aku buntu memikirkan apa aktiviti yang ingin dilakukan. Nak keluar selalunya malas sebab orang ramai. Aku tak suka berasak2 di tempat yang ramai orang. Lagipun, tak tau nak ke mana. Suamiku biasalah, hari minggu untuk aktiviti golfnya. Tinggallah aku di rumah macam kucing hilang anak, tak reti nak duduk diam. Kalau dulu masa belajar seronok je boleh bangun tinggi hari n tidur seharian. Sekarang, teringat plak baju nak dibasuh, rumah nak dikemas, lantai nak disapu dan macam2 lagilah senarai kerja yang panjang.
Berbalik kepada aktiviti aku di hujung minggu yang baru ini, aku menyiapkan salah satu tempahan datangnya dari kawan lama ku yang sama2 belajar di UKM. Aku baru dapat berjumpa balik dengan dia ni beberapa bulan yang lepas tetapi itu pun hanya di alam cyber, bukannya bertentang mata. Nak dijadikan cerita, setelah aku "mengiklankan" diri untuk menerima tempahan kek maka dia pun cubalah untuk merasa air tangan aku ni... Dia order Carrot Walnut Cake, tak tau lah kena ngan selera dia ke x. Anyway, thanks Ayeen! So, masa dia amik kek ni dapatlah berjumpa tetapi sekejap je sebab aku pun ada beberapa urusan lagi yang nak diselesaikan. Rasanya macam dulu gak dia, tak berubah cuma makin cun je lah...hihihi...
Harap2 lepas ni, dapatlah kita terus menjalinkan persahabatan yang lama dulu. Aku pun tak sangka sebenarnya dia masih ingat kat aku. Bukannya apa, aku ni memang jenis yang kurang bercampur dengan orang lain sejak dari sekolah lagi. Ini tak bermaksud aku sombong, cuma aku lebih selesa bergerak secara solo. Yang aku tahu, pergi dan balik sekolah. Aktiviti petang pun aku jarang join. Begitu juga masa di universiti, tidak kiralah UKM or UiTM sama je. Aku cuma tau pergi kelas dan balik. Kalau berkawan pun dengan housemate aku je. Nak lepak keluar minum ke, memang bukan jenis aku. Cuma sesekali ada jugalah keluar untuk menonton wayang or shopping.
Namun, memang aku ingat beberapa budak UKM yang sama belajar dengan aku dulu, tapi yang selalu bertegur sapa je lah. Kalau orang tak kenal mesti ingat aku sombong tapi kalau dah kenal mesti tak larat nak layan aku bercakap...hihihi... Jadi, aku pelik jugalah bila ada beberapa orang yang memberi komen negatif pasal aku kan, sebab orang itu pun aku tak kenal, macam mana dia boleh nak kata aku plak! Macam budak2! Kadang2 manusia ni lucu. Belajar je tinggi, tapi fikiran/perangai macam budak tak habis sekolah.
Apa2 pun, manusia punya hak untuk menyuarakan pendapat. Tetapi tolonglah, bukalah minda dan cubalah untuk mengenali seseorang itu dulu sebelum anda terus2 mengutuk orang itu...(u know who u are!). Akhir kata, aku pun ingin memohon maaf sekiranya tulisan aku ini membuat ada yang terasa. Aku cuma ingin meluahkan rasa di hati. Bukannya apa, ruangan cyber ini luas dan boleh dikatakan seluruh dunia boleh membaca apa yang ditulis. Jadi, apakah perasaan anda apabila anda secara terang-terangan dikutuk, dikata dan diumpat di ruangan cyber ni. Siap tulis nama penuh lagi...
Sekian, terima kasih...

Boy Theme Cupcakes






Salam. Kali ini aku dapat order dari officemate Kelly - cupcake untuk bagi kawan-kawan sekolah anak dia. Kakak ni suruh buat design untuk budak lelaki umur 8 tahun. Oklah ek?!

Friday, May 8, 2009

Tiramisu






Salam. Minggu ni ialah minggu untuk Tiramisu Kek plak. Tapi, aku rasa mcm lapisan kek tu mcm lbh tebal dr cheese nyer. Bagi aku oklah, sbb aku lbh suka mkn kek tu, cheese cuma ulam je..hehehe...Anyway kawan2 kalau ada yang teringin nak makan bolehlah menempah ngan saya ye...RM40 shj...(+/- 1kg)...

Friday, May 1, 2009

Places I Like to Go at KLCC






Salam. Ari ni aku gi ke KLCC lagi menemankan mak n ayah aku makan lak. Kalau semalam aku temankan diaorg membeli. Dalam banyak2 tempat kat KL ni, aku memang suka nak ke KLCC. Bukannya apa, sebab paling hampir dengan rumah aku yang mana kat situ aku blh tgk wayang, makan, lepak n mcm2 lg lah.
So, kat sini aku tunjuklah antara tempat2 yang aku selalu pergi kalau ke KLCC ni. Pertamanya Little Penang. Kat sini aku paling suka mee kari tp sbb ada sambal tumis tu. Klu xde tu, x lalu gak aku mkn. Pastu, aku suka pergi kinokuniya tu untuk cari buku. Tak kiralah, majalah ke, buku sulaman ke, buku masakan ke. Yang pastinya sumer ada kat situ. And aku enjoy dgn suasana kat situ. Dan aku juga suka tgk org2 yg membaca kat situ. Khusyuk betul!
Ketiganya, mestilah TGV coz aku ni memang kaki wayang. Pernah lah satu hari tu aku tgk 3 movie skali gus. Aku tak kisah kalau tgk wayang sorg2 pun. Lg pun hubby aku ni ada masa n citer yg dia nk tgk. Citer melayu memang dh cnfirm awal2 dia akan tolak. Action/Comedy ok especially Stephen Chow. Masa tu je blh tarik dia ke wayang.
Kemudiannya Dome. Actually, hubby aku yang suka lepak kat sini coz area open air tu blh smoking. Klu nk ikutkn selera, aku prefer coffee bean or secret recipe kalau untuk lepak2. Tapi kalau kat Dome tu sambil lepak blh gak cuci mata kat park tu.