Tuesday, February 24, 2009

Puteri Gunung Ledang the Musical






Sabtu, 21 Februari 2009 yang lepas aku, Kelly n Zimah pergi menonton Puteri Gunung Ledang the Musical. Excited giler nak pergi, bukannya apa, first time nak masuk Istana Budaya. Lagipun setelah tiga tahun berturut-turut teater ini dipentaskan, sambutannya makin menggalakkan. Nasib baiklah sempat si Kelly n Zimah pergi cari tiket. Kiranya tak sia-sialah kitaorang gi menonton, kalau boleh nak pergi lagi...

Monday, February 16, 2009

Happy Valentine's Day






14 Februari merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu pasangan kekasih. Pada hari ini segala keromantikkan keluar. Ada yang celebrate dengan menhadiahkan bunga, coklat dan tak kurang ada yang siap pergi 'candle light dinner' lagi. Ketika ini juga lah habis dogol bunga-bunga ros di cameron highlands and tokey2 bunga pun tersenyum lebar sebab bisnes masyhuk. Ramai juga pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini supaya tiap tahun dapatlah mereka celebrate valentine merangkap anniversary. Sebenarnya kasih sayang ini bukan semata-mata untuk pasangan bercinta atau pasangan berkahwin sahaja, apa salahnya pada hari ini juga kita menunjukkan kasih sayang kepada keluarga seperti parents and siblings kita.
Aku pun bukanlah pandai sangat nak celebrate hari2 macam ni. Suamiku dari awal perkenalan dulu dah warning yang dia takkan bagi bunga kat aku sebab dia kata membazir. Bukanlah bermakna dia tak romantik cuma, dia lebih suka menghadiahkan benda lain selain dari bunga.Aku pun tak kisah sangat, janji dia tak lupa untuk terus menyayangi diri ini.
Sabtu yang lepas baru ni sempena hari kekasih anak jiran cum sedara aku kahwin. Bagi mengenang jasa dia yang rajin menolong di rumahku jika ada kenduri kendara maka aku buatlah cupcake untuk diberi kepada pihak rombongan lelaki. Memang lah tak seberapa tetapi yang penting ia adalah hasil titik peluhku sendiri dan ikhlas dari hati...

Thursday, February 5, 2009

Fruit Cake and Old Friends




Sabtu yang lepas aku masak fruit cake kegemaran suamiku. Bukan apa, maklumlah esoknyer nak keluar dengan kawan-kawan jadi kenalah ambil hati bos dulu sebab nak kena tinggal...Tetapi aku pun enjoy baking ni so seronok apa dapat buat sesuatu yang memang kita berseronok ketika melakukannya.
Hari Jumaat sebelumnya pula aku pergi lunch dengan 2 orang kawan lama ku yang sama-sama belajar di UKM dulu serta tinggal serumah ketika itu. Banyak kisah suka dan duka dikenang kembali. Nampaknya selepas ini bolehlah aku berhubung semula dengan kawan-kawan lama ku yang sudah lama terputus hubungan. Dengan kecanggihan zaman IT sekarang ni, banyak perkara yang tidak terjangkau dek fikiran boleh berlaku. Seperti sekarang ni, aku begitu seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama di halaman "facebook".
Menyentuh perihal facebook ni, selain dari menghubungkan persahabatan yang sudah lama terputus, ia juga boleh mendatangkan mudarat. Tersilap langkah atau bahasa, banyak hati boleh terluka. Semuanya boleh dijadikan isu.
Ketika berjumpa dengan kawanku juga, ada berita sampai di telingaku yang mana ada yang mempertikaikan kenyataan ku di dalm majalah keluarga hari itu bahawa aku ini graduate from UiTM but not UKM. Wahai teman-temanku sekalian, sememangnya aku malu untuk mengaku bahawa aku UKM graduate kerana aku tak sempat habis pun belajar di sana kerana aku dismissed di tahun akhir pengajianku. Sememangnya ramai yang tidak menyedarinya kerana aku masih tinggal di Bangi ketika itu tetapi sudah bekerja di Bank Islam. Aku tidak malu untuk menyatakannya kerana aku harus berani untuk gagal sebelum menemui kejayaan.
Apa-apa pun aku begitu seronok dengan perjumpaan semula ini dan aku harap selepas ini kita semua akan terus berhubungan...