Thursday, January 29, 2009

Gila Membeli






Sebenarnya citer ni dah lama tapi sengaja je skrg br aku nk berkongsi. Bulan Disember yang lepas aku pergi ke tempat adikku di Doha, Qatar. Saje je bercuti dah terlanjur bos besar dah bagi 'green light'. Sesekali tgk tempat org plak.
Kehidupan orang kat sana aku rasa seumpama duit diaorg tu mengalir mcm air je...yelah, apa tidaknya..klu kat shopping mall tu asyik penuh je...Klu membeli tu sampai penuh satu troli tu dah biasa sampaikan kekadang tu lebih dari satu. Lagi satu hal lak, klu cuma kaum ibu je yang gila membeli aku tak pelik...ini kaum bapa pun sama...
Kat KL ni klu area Pavilion tu memang terkenal ngan butik2 berjenama tetapi keadaannya sunyi je...umpama lalat pun takut nak masuk...lain hal plak klu kat Qatar ni...butik yg macam tu pun diaorg masuk macam gi 7-eleven je. Klu setakat beg LV tu anak diaorg blh pakai buat gi skolah je. Sepatutnya bila dah jadi bencana macam kat Palestin tu...diaorg yg suka berbelanja nilah yang seharusnya segera menghulurkan bantuan.
Apa2 pun aku bersyukur dgn sumer nikmat yang diberikan kepadaku. Biarlah hidup ini bahagia dengan cara kita sendiri. Tidak perlulah kita nak mengikutkan nafsu...ukur baju di badan sendiri...

Wednesday, January 28, 2009

Happy 2nd Birthday Sara!






16 Januari 2009 yang lepas Sara sudah menginjak ke usia 2 tahun. Macam-macam dah karenah dia sekarang sampaikan kadang-kadang tu aku rasa dah semakin tipis tahap kesabaranku. Memandangkan rumah aku dah tidak ada sesiapa untuk menjaga si Sara maka aku terpaksalah aku menghantarnya ke playschool area office aku tu. Kelakar gak lah aku tgk aksinya masa mula-mula bersekolah. Minggu pertama menjerit-jerit dia menangis tiap pagi ketika menghantarnya ke sekolah. Namun begitu masuk minggu kedua, dia dah dapat menerima kenyataan dan siap boleh melambai tangan lagi ke arahku.
Berbalik kepada hari jadinya, aku membuat cupcakes. Maklumlah sekarang ni tengah menggila nak buat kek. Jadi, dengan bersemangat waja maka siaplah 25 biji cupcakes terhias indah di dalam kotak. Sara pun bila nampak je kek2 tu terus menyanyi sendiri lagu happy birthdaynya.
Hari Isnin berikutnya dapatlah Sara membawa kek2 itu ke sekolah.

Monday, January 26, 2009

Ahmad Kamal vs Tengku Farah




Tahun baru menjelang lagi. Belum pun sempat tercapai azam yang ditanam pada tahun yang lepas, kini terpaksa pula memikirkan apakah pula azam untuk tahun yang baru ini. Nampaknya azam tahun ini ialah untuk melaksanakan mana-mana azam yang belum dapat dilaksanakan pada tahun lepas.
Tahun ini juga usia perkahwinanku akan menjangkau 6 tahun. Begitu cepat masa berlalu, rasanya seperti baru semalam perkahwinan aku berlangsung dengan meriahnya. Namun kehidupan kami masih lagi tetap berdua, berkasih sayang dan sesekali ada berselisih faham. Tetapi begitulah asam garam dalam berumahtangga.
Oleh kerana kami sudah lama berdua, sudah mula orang sekeliling mempersoalkan tentang kehadiran orang ketiga di dalam perkahwinan ini. Bukan orang ketiga untuk memusnahkan masjid yang dibina ini namun orang ketiga yang bertanggungjawab untuk mengeratkan lagi kasih sayang yang tersimpul rapi ini. Aku sendiri kadangkala merasa agak keliru memikirkan sama ada aku sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Adakah aku seorang manusia yang amat mementingkan diri kerana tidak mahu untuk berkongsi waktu tenangku bersama insan yang lain. Adakah aku juga mementingkan diri untuk tidak mahu memikirkan betapa rindunya suamiku kepada tangisan si anak kecil. Entahlah, aku sendiri pun tidak mahu benar-benar memikirkan persoalan yang sejak akhir-akhir ini makin menyesakkan fikiran ini.
Walaubagaimanapun aku amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang amat memahami dan menyayangi diriku. Tidak pernah sekali pun di bibirnya mengeluarkan perkataan yang mengguris hati ini. Maka aku berdoa kepada Allah S. W. T. agar dapat dikurniakan seorang anak yang dikandung kepada hambamu ini. Ameen...