Sunday, October 30, 2011

Oktober 2011

Bulan Oktober ni merupakan bulan cinta bagi FK n hubby. Sbb apa? Kerana tarikh pernikahan kami ialah 17 Oktober. :) So, pada tahun ni, kami menghabiskan masa bersama dengan bermalam di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.

Kebetulan pada bulan ni merupakan promosi coklat. So, masa pergi hi-tea memang seronoklah sebab semua makanan yang dihidangkan adalah berasakan coklat. FK ni memang jenis sweet tooth. Sebab tu lah muda2 lagi dah ada penyakit diabetes. Eh, ye ke? Hehehe. Dapat jugalah tengok demo coklat oleh chef Perancis yang handsome tu...opps! ;p

Malam tu kami dinner di restoran Jepun hotel tu. Memang sgt best ok?! Dan yang paling seronok, FK n hubby dapat surprise dari hotel sempena anniversary kami tu... :)
















Thursday, October 20, 2011

September 2011

Sempena menyambut Syawal kali ni, hubby FK bawa FK ke Singapore untuk berjumpa dengan saudara-mara di sana. Sambil2 tu FK pun memang dh lama nak ke sana. Kali pertama FK ke Singapore semasa habis sekolah, sementara menunggu keputusan SPM. So, kali ni memang sangat2 menantilah nak ke sana. Dalam kepala tu dh mcm2 dh tempat yg dirancang untuk pergi. Diantaranya mestilah nak bergambar depan Merlion, alaa...singa yang keluar air kat mulut tu. Itukan mercu tanda Singapore. Pastu nak bergambar berlatang belakangkan Marina Sand Bay Hotel, nak naik Singapore Flyer n sudah tentunya nak ke Universal Studio! :D

Kami berada di sana selama 6 hari. Kiranya, dapatlah melepaskan hajat untuk ke tempat2 yg disebutkan di atas tadi. Hubby FK pulak melayan. Apa lg...hehehe. Layan je lah gambar2...malas nk cerita panjang2... ;p
























Banyak lagi gambar sebenarnya, tetapi x laratlah nak upload semua. Sekadar untuk berkongsikan diantaranya... :)

Saturday, October 15, 2011

Ogos 2011

Bulan Ogos ni tidak ada apa yang menarik sangat. Raya Aidilfitri pun x berapa nak meriah kerana FK ngan hubby je yg balik. Adik2 FK semua x balik. Si Is beraya di rumah mertuanya. Munirah pula beraya di Doha, Qatar. Buat pertama kali setelah hampir 8 tahun (ketika itu), barulah FK merasakan sunyi sgt sambutan hari raya di kampung. Sekurang2nya kalau ada anak, keterujaan untuk menyambut syawal tu lainlah sikit. Bukannya kami tak bahagia berdua, cuma rasa seperti ada kekurangan. Ketika itu barulah FK merasakan sekiranya ada anak...

Thursday, October 6, 2011

Julai 2011

As-salam. Kebetulan masa ada n skrg ni dok depan pc, maka FK akan sambunglah niat utk update blog month by month tu. Gambar2 pun teramatlah byk yg tersimpan dlm external driver ni. So, pada awal Julai 2011, mak saudara FK, mengadakan kenduri menyambut menantu untuk anak bujangnya si Fakhrul Najmi. Kali ni mak long FK tempah muffin untuk diberikan kepada jemputan yang hadir dan kek untuk acara memotong kek. Yang istimewanya kek ni ialah kerana cousin FK ni photographer, so mak long FK minta buatkan kek bentuk camera. Sbb tu klu tgk, gmbr kawen dia cantik2...bkn dia yg amik, kwn dia tp nya. Cuma nk dismpaikan, group diaorg ni mmg pandai amik gmbr. Kalau nk tgk hasil kerja Fakhrul, kat sini. Berbalik pada cerita kek tadi, mula2 memang bersemangat, kemudian tu bila dah penat sangat buat muffin dah rasa risau lak. FK call lah ke baker Zati D'hati utk bertanyakan harga kek tu kalau FK nk tempah. Sebab rasa mcm tak yakin pula nak membuatnya. Tapi oleh kerana harga yang terlebih budget - sesungguhnya novelty cake ni memang mahal ye?! Sbb nak buat bukan senang tau?! Maka FK bertawakkal je lah mengadun kek n fondant... Alhamdulillah, akhirnya FK berjaya juga buat kek tu. Tidaklah sempurna sgt...tetapi bila org tgk, org tau lah itu kamera...hehehe...







Lepas tu, dalam pertengahan bulan Julai tu, ayah FK mendapat rezeki lebih so dia offer FK n hubby utk sama2 menunaikan Umrah dengannya n mak FK. Kiranya kami pergi berempatlah. Menyambut awal ramadhan di tanah suci Mekah. Memang bagai org mengantuk yg disorongkan bantal. Dah lama FK mengidamkan untuk menunaikan Umrah lagi setelah FK pergi pada kali pertama di tahun 1997 dulu. Lebih2 lagi kali ni dapat merasa berpuasa di sana serta bertarawih di Masjidil Haram. Setelah menyelesaikan beberapa urusan di sini, kami berempat terbanglah ke Tanah Suci Mekah.

Banyak betul perubahan Mekah dan Madinah sekarang. Totally different. Tapak hotel yg FK duduk dulu dh jd bangunan hotel n shopping mall besar. Jalan di luar Masjidil Haram tu pun dh jd jln besar. Masih teringat dulu bilik hotel yg Fk duduk tu betul2 sebelah speaker Masjidil Haram. Sekarang ni kena berjalan kaki lebih kurang 5-8 minit untuk ke masjid. Tapi xpelah kan, boleh kumpul lebih pahala...hehehe...insya-Allah. Suhu pd ketika itu memanglah teramat panas sehinggakan mencecah ke 48c. Tetapi memang terasa amat tenang berada di sana. Tidak memikirkan apa2 selain dari beribadat kepada-Nya. Suasana ketika berbuka juga seronok. Dan ketika bulan ramadhan ini juga, orang2 di sana sgt suka bersedekah. Walaupun setakat menyediakan tisu utk mengelap peluh ketika bertawaf. Sesungguhnya mereka tahu ganjaran yg akn diperolehi memang sgt lumayan. :)

Di sini, diantara doa kami agar dikurniakan cahayamata dengan segera. FK juga mendoakan diri FK agar Allah swt membuka pintu hati FK untuk menjadi seorang ibu. Sesungguhnya sebelum ini FK amat takut dan berasa tidak bersedia untuk menjadi ibu. FK merasakan belum layak untuk itu...

Memandangkan hotel penuh, kami cuma dapat bermalam di Madinah selama 2 malam sahaja. Alhamdulillah, sempat juga FK menunaikan solat berjemaah di Masjid Nabawi dan melakukan solat sunat di Raudhah. Terasa sgt sayu di hati ketika berada di Madinah kerana memikirkan betapa dekatnya diri ini dengan Nabi Muhammad saw. Dapat menjejakkan kaki lagi ke masjid baginda...lebih dr seribu rahmat. Ya Allah, aku betul2 bersyukur...