Wednesday, February 24, 2010

Kembali...

Salam. Wah!!...sungguh lama aku tak update blog ni. Tiba2 je aku dilanda kemalasan yang amat sangat untuk menyusun ayat dan mengetuk jari2ku pada papan kekunci ini. Chewah! Melalut2 plak aku jadinya...hehehe
Sekarang ni dah masuk tahun baru. Alhamdulillah nampaknya ada nampak sinar tahun ni...insya-Allah. Minta2lah tahun ini rezeki kami berlipat kali ganda setelah melalui satu tahun yang sangat menyakitkan...2009 memang banyak menduga kesabaran kami yang berniaga sendiri ini.
Apa2 pun, aku juga seronok tahun ini kerana adik perempuanku sekeluarga pulang ke Malaysia untuk bercuti. Dapatlah aku tengok baby Sofea. Syakila n Syakil pun dah besar sekarang dan bertambah seronok lagi nak melayan kerenah mereka. Mak dan Daddy ku jangan cakaplah, bukan main excited melayan cucu. Maklumlah cucu yang ada ni jumpanya setahun kali pun nasib baik. Kalau boleh apa saja permintaan cucu2 akan ditunaikan. Baru2 ini Daddy membeli 4 ekor arnab untuk cucu2 nya itu. Nasib baik cuma minta arnab. Kalau dibuatnya minta harimau ke, gajah ke, jenuh plak Daddy nak mencari ke dalam hutan...hihihi.
Tun Syakila pun dah bersekolah, mulut pun dah makin banyak berbicara. Cakap omputih tak hengat. Slang bukan main lagi. Wan aku sampai takut nak bercakap ngan dia kot2 dia tak faham cakap Melayu...hehehe. Tinggi bukan main lagi budak tu...alamatnya bukan saje Mama dia yang akan kalah...Umi pun akan kalah dengan Syakila nanti. Muka pun cun anak buah aku seorang ni. Kalau bergambar bukan main lagi posingnya, tapi nak tunggu dia ada mood lah. Kalau tak, nak pandang camera pun dia tak nak.
Tun Muhammad Syakil ni pula penghibur hati semua. Dia pandai betul buat aksi2 yang boleh membuatkan orang tergelak. Panjang betul akalnya. Minat sangat dengan kereta n train. Di tangan dia memang tak pernah terlepas salah satu mainan tu. Aku ingat lagi masa bawa diaorang pergi main kat McD, terliur bdk2 lain tgk dia pegang train Thomas tu. Ada yang menangis2 minta mak ayah diaorang belikan.
Oleh kerana diaorang dah ada, suamiku ambil lah juga Sara untuk teman main Syakila n Syakil. Maka, makin gamatlah rumah aku. Dah rasa macam nursery plak. TV kat umah tu pun xde chance kami nk tgk, asyik cerita kartun je dari siang sampai malam. Petang plak kena bawa gi playground. Bila Babah n Umi balik je, terjerit2 lah diaorg ajak pergi playground. Nasib baik lah Babah mmg rajin melayan. Kalau setakat Umi seorang memang surrender lah...hehehe. Si Sara pun mulut bukain main lagi. Berulangkali soalan ditanya. Walaupun dah jawab, tak sampai 5 minit ditanya lagi. Pening...pening...hihihi
Tengok saje lah aksi2 diaorang kat bawah ni...