Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

As-salam. FK ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga tahun baru ini memberi sinar baru n harapan kepada semua n semua amalan kita diterima Allah SWT buat tahun lepas n tahun2 yg akan datang. Insya-Allah, ameen...
Di sini juga FK letakkan doa akhir tahun dan awal tahun.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata
"kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.".

Berikut adalah Doa Akhir Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca Doa Akhir Tahun ini, maka syaitan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang menbaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dari fitnah syaitan".

Berikut Adalah Doa Awal Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Saturday, December 4, 2010

I am 32 years Old

Salam. Dok belek2 gmbr kat telefon ni br teringat nk buat n3 pasal b'day FK tahun. Alhamdulillah, Allah SWT memberi peluang lagi kpd FK utk menyambut hari lahir. Bila dh umur mcm ni kadang rasa sambut hari lahir tu dh mcm sama seperti hari2 yang lain. Bila hubby tanya nk apa pun xde yg specific permintaan FK. Apa yg penting FK berdoa agar Alllah SWT memberkati hidup FK dan dikurniakan kesihatan serta rezeki yg banyak. Kepada hubby pula, biarlah kasih sayang kami ini terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Ameen.

Masa birthday FK tu, kami sekeluarga keluar makan malam bersama datuk saudara FK. Dia belanja ktorg mkn kat Chili's Bangsar. Alhamdulillah, rezeki. ;)


Sent via BlackBerry from Maxis