Sunday, June 21, 2009

Happy Birthday Love...

Salam. Hari ini merupakan birthday suamiku yang ke-47. Tiada apa yang istimewa cuma seperti biasa kami keluar dinner dan jalan2 langsung tengok wayang. Kata suamiku, jangan lah remind kan sangat kat dia how old he is. Sbb rasanya masih banyak perkara yang belum tercapai di dalam hidupnya.
Oleh kerana hari ini dia ada tournament golf, maka semalam lagi dah kitaorg celebrate siap2. Pagi ni sebelum dia keluar, aku bawa lah keluar kek dia. Senyum simpul lah suamiku. Aku ingatkan nak celebrate cake cutting tu kat offife tapi awal2 dia dah warning jangan nak ada potong2 kek plak kat office... So, berdua je lah di rumah, aku amik gambar n dia potong kek. Kek pun tidaklah besar sebab kitaorg berdua je...




Muka terharu...(suamiku ni memang sentimental sket)


Ini muka nak menunjukkan sedap lah tu...

Friday, June 19, 2009

Chaiyo! Chaiyo!

Salam. Hari ini, tak sempat tunggu 1-2 hari pagi2 lagi aku dah mengeluarkan "favourite toy" aku iaitu.....My Kenwood Mixer. Tak sabar aku nak practice buat ros tu. Kalau ikutkan hati dari malam tadi dah nak buat tapi risau lak kot2 suamiku bising tak habis2 dengan keknya. Anyway, kebetulan pagi ni suamiku keluar awal kerana ada meeting maka awal juga lah bermulanya projek aku ni.
Tapi, aku masih tak pakai buttercream sebabnya aku malas nak mengemas dan mencuci peralatan yang berminyak2 nanti sebab petang ni aku nak kena masuk office kerana ada appointment n beberapa perkara yang harus diselesaikan hari ini juga. Aku cuma pakai royal icing untuk practice ros tu.
Setelah berpuluh ros yang aku hasilkan dan sakit2 pergelangan tangan aku ni, maka aku rasa dapatlah juga rentaknya macam mana nak menghasilkan ros. Tapi ros aku tak sama dengan ros Kak Jun, lebih kepada wilton rose. Namun, aku suka jugalah dengan hasilnya walaupun masih belum puas hati dan "perfect".
Nampaknya, adalah kek yang akan dihasilkan dengan penuh bunga di atasnya dalam masa terdekat ni. So, my next project is "steamed a.k.a poured buttercream" . Tunggu!!!

p/s: I wonder what am I going to do with those roses?! :lol:





Thursday, June 18, 2009

Thanks Kak Jun - Cupcakekasih

Salam. Ari ni lepak lagi di rumah. Order pun xde minggu ini cuma hari Ahad nnti je. Insya-Allah minggu depan order yang menunggu dah ada 3. X tau lah klu ada yang nak menambah lagi...dipersilakan. Petang tadi aku pergi melawat "makcik" kat Lorong Haji Taib. Tapi jangan salah faham bila aku sebut lorong tu. "Makcik" yang aku maksudkan ialah, amoi + nyonya yang kat kedai Bake With Yen tu.
Dapatlah aku mengisi semula kekosongan di dalam kabinet bahan2 kuih aku tu dan yang paling seronoknya aku dapat membeli rose nail seperti yang disyorkan oleh Kak Jun. Maka apabila pulang je ke rumah terus aku test skill buat ros tu. Bolehlah, for the first timer and without anyone beside to guide me. Lagipun aku cuma pakai chocolate ganache, malas nak bancuh buttercream untuk buat ros tu sebab hari dah petang n suami aku dah nak pulang. Jadi kena lah bersiap untuk menyambut kepulangan suami tercinta.
Seperti yang Kak Jun cakap lagi, buttercream yang dibancuh perlulah betul supaya bunga ros tu nanti cantik je nampak kelopaknya. Insya-Allah dalam sehari dua ni aku akan mencuba cara2 yang telah diterangkan itu. Lagipun once again - practise make perfect. So kat sini aku upload lah 1st and 2nd rose that I've ever made (at this moment).

This is my first attempt...




This is my second attempt...




Announcement

Salam. Dear friend, I do accept any order on cakes or cupcakes. Please check out my other blog - http://umi-bakery.blogspot.com. So if you do have any enquiries, please email me - farah.kamal@yahoo.com. Tq.

p/s: Promotion for father's day - free delivery within the klang valley area...

Monday, June 15, 2009

Practice Makes Perfect

Salam. Hari ni aku terjumpa satu cara untuk buat fondant roses yang sangat senang dari youtube. Tak perlu nak pakai cutter cuma bulat2, tekan and cantum. Aku try lah buat, resultnya ok gak. So, lepas ni kalau aku nak letak atas cupcake tu dah kira senanglah nak buat. Kalau tak tu geram je aku nengok orang punya rose cantik, aku punya kuncup je... Cuma lepas ni kena practise lah lagi supaya makin cantik. Kalau kebanyakkan bunga lain tu memang dah ada cutter so xdelah susah sangat...



Friday, June 12, 2009

Copyright + Plagiarism

Salam. Seperti yang sedia maklum sekarang aku tengah giler membuat dan menghias kek. Setiap hari kebanyakkan masa aku di depan komputer melawat blog2 atau website mengenai hobi baru ku ini. Aku begitu kagum dengan hasil kerja mereka ini. Kadang2 tu aku tak sangka hasil kerja mereka ini mengalahkan pro. Namun begitu ada yang sangat sensitif dengan design2 yang dihasilkan. Iyelah, aku pun faham bila kita menghasilkan sesuatu tetapi dirampas oleh orang lain plak dan yang lagi sakitnya hati bila orang tu plak yang dapat nama. Seperti perumpamaan "lembu punya susu, sapi dapat nama".
Mereka ini memberi amaran yang keras supaya hasil kerja mereka tidak ditiru. Aku pun mengakui kekadang tu terikut2 juga dengan hasil kerja orang lain, iyalah kita masih baru di dalam bidang ini dan masih belajar. Tetapi aku ingin meminta maaf sekiranya perbuatan aku itu membuatkan beberapa keping hati disakiti. Namun tak boleh disalahkan juga, apabila kita dah pamerkan hasil kerja di halaman cyber ini maka kita seharusnya bersedia dengan risiko berlakunya "plagiarism".
Dalam banyak2 blog yang aku lawati tu, aku begitu hormati dengan pendapat Kak Jun yang mengatakan bahawa dia menghalalkan penggunaan design2 di blog nya sebab baginya semua ilham yang diperolehi adalah dari Allah SWT. Selain itu senior2 yang awal terlebih dahulu mencipta kebanyakkan design yang diguna pakai sekarang. Jadi bagaimana kita boleh mengiktirafkan sesuatu design itu adalah hak milik mutlak. Lagipun tidak salah sekiranya ilmu yang ada dikongsi kerana ianya akan bertambah berkat.
Apa pun aku ingin meminta maaf sekali lagi sekiranya ada design yang telah aku guna pakai tanpa meminta kebenaran dari tuan rumah. Minta halal ye...terima kasih....

Wednesday, June 3, 2009

Panggilan Pulau (3)

Salam. Ini merupakan final entry untuk Panggilan Pulau 2009. Sebenarnya banyak lagi gambar2 tapi xkan lah aku nak upload semua ye tak?!
Mula2 aku nak tunjuk gambar ikan kat jeti kampung perhentian kecil. Banyak sangat kan?! Air plak warna biru, nampak clear sangat...

Ini aku nak tunjuk gambar yatch kat belakang tu n air laut yang jernih tu...




Gambar yang aku bulatkan tu sebenarnya ikan pari. Ya, nampak dari atas...penyu pun ada nmpak tapi x sempatlah nak amik gambar...

Ini dinner terakhir ktorg kat sana - BBQ. Ktorglah yang terawal menunggu kat meja untuk dinner start (biasalah, tgk badan lah..hehehe...)



Suami aku pun sibuk nak membakar gak...eksen je lebih...

Apa2 pun memang tak puas kalau nak menghabiskan masa kat pulau ni. Oh ya, ari tu aku cakap laut cantik x bergelora kan?! Hari yang aku balik tu semalaman hujan. So, on the way balik ke jeti kuala besut tu memang thrill sangat. Mulanya bot yang yang ktorg naik tu siap nak patah balik tapi at last teruskan juga. Air laut bukan sahaja percik, tapi betul2 menyiram kitaorg yg dalam bot ni. Basah satu badan. Nasib baik aku memang dah standby x pakai baju cantik2. Kalau x...
Alhamdulillah semuanya ok. Tapi kalau nak diikutkan tahun lepas lagi dasyat sebab terpaksa naik bot kayu. Bot ni biasanya guna time musim monsun je sebab laut gelombang besar (kiranya bot kecemasan lah). Time tu, air laut dan langit sama2 gelap dan gelombang yang datang semuanya tinggi2. Namun, insya-Allah aku x serik untuk ke pulau lagi...

Rally...

Salam. Alhamdulillah. Wah! Minggu ni betul-betul penuh schedule aku ngan order cakes n cupcakes. Aku pun x menduga. Bermula dari hari Isnin aku dok main ngan tepung dan aising. Suami aku pun asyik menjeling je, hairan tengok aku x sudah2 duduk kat meja makan. Bukan sebab aku makan tapi dok menghias kek. Nasib baiklah minggu ni aku x kerja. Nak putihkan balik kulit aku ni...hehehe...
Setelah 2 order entry yang sebelum ni, Eda ada order 2 set cupcakes lagi. Selain dari tu, order dari manager aku, Wan Danial. Dia nak celebrate birthday ayah dia cum celebrate pindah rumah baru kat Rawang. Jumaat ni ada satu order lagi - carrot walnut cake dari Tengku Fadia. Kat sini aku upload gambar 3 kek dan cupcakes yang aku dah siapkan. Tapi kalau nak tengok banyak lagi gambar, klik sini.



Monday, June 1, 2009

Oh Lega!

Salam. Lega dapat tidur di atas katil sendiri bertemankan bantal dan selimut. Satu perkara yang aku tak berapa nak suka bercuti di pantai ialah kerana tempat tidur sentiasa rasa berpasir. Memang tak selesa. Bila balik ke rumah sendiri rasa...."home sweet home"!
Walaubagaimanapun badan terasa lah amat letih kerana travel jauh. Semalam sampai ke rumah pukul 10 malam. Just imagine how tired I am?! Anyway, hari ini siapkan order dari Edayuni. Satu untuk officemate dia - nak makan2 sempena birthday anak dia and another 16 cuppies Eda cakap ada farewell party...Tapi not satisfied enough with my work this time, nampak comot...

This 25 cuppies for Eda's officemate...






This 16 cuppies for Eda's farewell party.....




As usual, to order click here