Monday, September 19, 2011

Jun 2011

Bulan Jun 2011 ni merupakan sejarah besar dalam hidup FK dan keluarga. Ada yang gembira dan ada yang menyedihkan. Untuk awal Jun, kami menerima kehadiran ahli keluarga baru di sebelah mak FK kerana cousin FK, Mohd Fakhrul Najmi diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Zamshima Ayuni. Sekali lagi kami berarak ke Penang selepas majlis pertunangan pada Disember 2010 hari tu. Fakhrul menempah coklat dan kek untuk majlis di Penang ni. Tapi sayang, coklatnya x sempat ambil gambar. Yang ada cuma gambar kek sahaja. :(
Apa2 pun kepada Fakhrul n Ayu, tahniah dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...ameen...




Pada pertengahan Jun 2011 tanggal 18hb, nenda tercinta telah kembali ke rahmatullah pada usia 76 tahun. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...ameen. Istimewanya nenda FK ni, sepanjang hayatnya, beliau merupakan seorang yang pemurah. Suka bersedekah dan memberi. Oleh kerana penyakitnya, organ dalaman beliau rosak. Tapi doktor beritahu, hati allahyarham dalam keadan baik dan sangat cantik ketika habis hayatnya itu. Subbahanallah...wallahualam....
Pada hari pengkebumian ini juga, kami sekeluarga dapat menyaksikan air mata KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah menitis. Allahyarham merupakan ayah saudara yang rapat dengan baginda termasuklah anakanda2 Tengku Mahkota sendiri.

Wednesday, September 14, 2011

Mei 2011

Bulan Mei adik FK yang tinggal kat Qatar tu balik ke Malaysia lg. Tp kali ni balik sekejap je sebab nk hantar anak2 dia dok ngan ktorg so dia n hubby pergi ke Europe utk honeymoon. Adik FK ni bunting pelamin, lepas kahwin 2 minggu kot terus hubby dia ke Qatar utk bekerja. Mula2 tu dia tinggal kat Malaysia dulu sebab hubby dia nk set up betul2 tempat tinggal kat sana. So, smpai sana x lama dia bersalin. Pastu, cepat pula menyusul askar2 yg seterusnya. Maka, inilah peluang utk diaorg spend masa berdua lama2. Ktorg pun bagi chance lah...hehehe
Anak sulong n keduanya tu ok, sebab diaorg pun dh besar kan. Tapi yang ketiga tu bermasalah jugalah sebab tak pernah berenggang ngan mak dia. Adik FK tu housewife, so anak2 mmg rapat sgt ngan dia. Lg pun si Sofea (yg no 3) tu masih menyusu badan. Kebetulan pula masa otw balik dari Qatar ke Malaysia diaorg terkandas kat Karachi kerana ada ancaman bom dlm kapal terbang. So, diaorg kena batuk2.
Sofea tdo ngan FK n hubby. Tiap2 malam dia muntah2 lps minum susu, kesian dia. Sudahnya dia demam. Pastu xde selera makan. Dia refused everything. Kesudahannya ktorg bawa ke hospital n she was admitted. Ktorg diamkan hal ni, x nak bgtau adik FK coz takut dia risau. Bila dh smpai Malaysia baru dia tau. Apa lg, menangis2lah dia. Nasib baik juga ktorg x bgtau dia awal2. Lg pun, sebab ktorg rasa bendanya x serius sgt. Tp ada infection gak lah kat lung dia. Smpai kena sedut kahak tiap2 hari. :(

Inilah rupa Sofea masa mula2 masuk hospital... :(


Alhamdulillah, Sofea kembali ceria... :)

Bulan Mei ni juga FK pergi belajar buat macarons. Seperti biasalah, FK pergi menuntut dengan sifu Kak Lea. Actually FK dah mula try buat ni dari tahun lepas, first time buat jadi, tapi kemudian2 tu macam hal lak. So, kiranya pergi kelas ni untuk mengetahui teknik2 yang betul serta jawapan kepada persoalan2 kenapa macarons tu asyik x menjadi. Ini antara macarons yang FK buat selepas pergi belajar tu.

Ini hasil dari kelas

Balik2 terus buat satu bancuhan...nk test power...hehehe


Geramkan tgk shell warna-warni mcm ni?!


Ini gambar untuk tujuan promosi/pemasaran/iklan... ;p

Thursday, September 8, 2011

April 2011

Setelah lebih kurang 2 tahun FK menceburi bidang membuat kek ni barulah FK berani untuk membeli sebiji oven besar. Sebelum ni masih takut2 gak. Betul ke aku ni?! Sebelum ni dok pakai oven yang hubby beri masa mula2 kahwin dulu. Tp alhamdulillah, dengan oven kecik tu pun dah banyak merasa rezeki yang masuk dengan order2 dari customer. So, FK share lah gmbr oven baru FK tu... ;p




21 April pula birthday daddy FK. Kitaorg pergi dinner kat Victoria Station Jalan Ampang. Pastu kitaorg pakat ngan staf kat situ bg sepotong kek letak lilin untuk surprisekan daddy FK (padahal anak tukang buat kek ;p). Tersengih2lah daddy FK. Kebetulan lak malam tu cuma kitaorg n meja sebelah je yg ada. Meja sebelah tu ada geng2 artis n kebetulannya pula ada Ijoy suami Sharifah Shahirah tu. Dia tu geng golf hubby FK. So, FK mintalah hubby sound diaorg ajak amik gmbr sama2. Diaorg pun sporting, siap sama2 nyanyi lagu happy birthday lagi gitu. p/s: masa tu Nabil bawa girlfren dia yg skrg ni nk jd bakal isteri tu lerr... ;)


Oleh kerana 21 April tu tengah minggu, so ktorg buat birthday party untuk daddy FK hari sabtu, 23hb. Kiranya post-birthday party gitu. Temanya 70's. Ktorg buat bbq kat swimming pool bawah rumah FK ni. Masa ni gak first time FK buat 2-tier stacked fondant cake. Apa tu? Layan je lah gambar2nya... ;p
Masa party ni juga parents FK kiranya celebrate skali diaorg punya anniversary yg ke-34. Actually anniversary diaorg bulan Mac, tapi masa tu mak FK kat Qatar, umah adik FK.

Haaa...inilah 2-tier stacked fondant cake tu...maknanya 2 tingkat tp x pakai tiang tu...







Akhir bulan April tu pula, wedding cousin FK, Noredayuni. Majlisnya diadakan kat Kuantan, rumah parents dia. FK buat cupcake n cake wedding tower. Temanya putih dan merah. Tapi sayang, gambar ngan pengantin tak sempat nak amik. :(



Januari 2011

As-salam. Ok, hari ni FK mulakan dengan cerita bulan Januari. Kiranya ni amik highlight of the month je lah. So, 3 Januari tu birthday mak FK. Kitaorg buat bbq kat umah adik FK. Kami tiga beradik n daddy FK share duit untuk beli hadiah mak FK. Hadiahnya jam tangan sebab dah lama sangat mak FK xde jam baru. Kali ni kitaorg bagi yang harga mahal sket dlm 1k++ n ada bling2 gitu...hehehe. Kiranya surprise lah ni. Mmg terkezutlah mak FK masa dpt hadiah ni. Pastu FK buatlah kek sebiji untuk makan2... :)



Monday, September 5, 2011

Assalamualaikum...

As-salam...berbulan2 FK meninggalkan blog ni terabai begitu saje. Bukannya apa, mood untuk mengarang n bercerita tu dok melilau entah ke mana. Macam2 dah perkara berlaku dalam masa beberapa bulan ni. Insya-Allah kalau ada masa n mood nanti FK nak buat rally untuk update cerita2/kisah2 yang berlaku kepada FK sepanjang beberapa bulan ni. Ada yang best, kurang best n macam2 lagi lah. Tapi kesimpulannya FK bersyukur kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada FK untuk terus menikmati kehidupan di muka bumi ini... :)