Saturday, July 25, 2009

My First Experience

Salam. Pagi ni bila aku bgn tido, my BP still high. Malam tadi aku tak dapat tido lena kerana mengenangkan keadaan BP aku dan badan yang sakit2. Hubby aku plak pg2 dah kuar pergi main golf. Nak tak nak tengahari tu suruh gak lah Along hantar aku ke Ampang Puteri and as I expected aku kena bermalam di hospital. Nasib baik dah siap bawa baju (well prepared)...hihihi.
Lama plak tu aku kena tunggu untuk dapatkan bilik kerana bilik dah penuh. Kira2 hampir 2 jam juga lah aku terbaring kat wad kecemasan tu. Dah lah x tau nak buat apa, xde teman n sememangnya aku kena baring je. Dah pukul 4.30 br dpt bilik itupun double bedded tp nasib baik org sebelah ni dh checked out.
First visitor aku x lain x bukan ialah BFF aku - Kelly. Dia datang ngan Zimah. So oklah gak aku ada teman. Klu x makin stress aku rasa. Kemudian tu my parents, brother n his wife pun smpai. Diaorg dtg all the way dr Pkn n Raub. Kiranya kecohlah kat bandar Pekan tu aku masuk hospital...hehehe
Sekarang ni dah pukul 11.00 malam dan aku masih menunggu untuk berpindah bilik. Al-maklumlah family aku ni ramai so klu berkongsi bilik ni lecehlah sket, nnti terganggu plak org di sebelah (kalau ada). Lg pun aku tido berdengkur, nnti ada plak yg stress...hahaha...
Oklah, hopefully x lama lah aku di hospital ni...doa2 kan aku ek?! Terima kasih...



Friday, July 24, 2009

My Blood Go Upstairs!

Salam. My blood go upstairs bukan sebab aku marahkan sesiapa ya tetapi sebab 2-3 hari ini badan aku terlampau letih so my BP dah tinggi sangat (147/103). Lagipun last week my parents ada kat sini so berpesta makan lah. Tak hengat! Pastu plak ubat dah 2 hari tak makan, apa lagi hari ni memang badan aku sakit sangat2!
Semalam tengok berita si Yasmin Ahmad tu kena strok kat pejabat Media Prima risau gak aku. So, ari ni memang aku nak berehat sesangat. Tapi malam nnti kena plak buat cupcakes untuk order hari esok. Hhmm...rezeki mana boleh tolak...
Semalam dah siapkan 100pcs cuppies yang Ellisa order. Esok malam dia dah nak bertolak ke UK. Dia ke sana sebab mengikut suaminya yang kena bertugas di sana. So cuppies tu untuk kawan2 sekolah anaknya. Kiranya untuk farewell lah... Seronoknya orang dapat duduk kat London! Itu memang angan2 aku dari kecil tapi entah bilalah nak jadi kenyataan...hehehe
Oklah, hopefully bgn tdo ni nnti turun baliklah darah aku...

Thursday, July 23, 2009

Ahli Baru

Salam. Semalam (22 Julai 2009) wife sepupu aku (Buyie), Kak Ana selamat melahirkan anak ke-3 dan merupakan anak perempuan pertama. Ya Allah! Sihat budaknya, berat 3.85 kg n kulit dia kemerahan. Tapi memang anak Buyie aku ni putih2. Kak Ana mesti suka sangat sebab dia memang dah lama sangat teringinkan anak perempuan. Kalau sebelum ni dia beli baju2 baby perempuan untuk anak2 buah sekarang ni dapatlah dia beli untuk anaknya sendiri. Aku sempat pegang sekejap je baby tu sebab dia asyik menangis mungkin kerana kelaparan.
Hhmm...bilalah nak sampai giliran aku pula agaknya. Wahai kawan2ku tolonglah doakan untuk aku boleh tak? Terima kasih... :)



Sunday, July 12, 2009

KL - Bandung - Jakarta - KL

Salam. Actually trip ni dah lama iaitu bulan Syawal tahun lepas tetapi memandangkan sekarang memang ramai orang ke Bandung dan Jakarta maka aku pun teringin untuk berkongsi pengalaman aku.
Aku ke sana hanya berdua dengan adik perempuanku. Ini merupakan percutian berdua kami yang pertama. Totally berdua! Iyelah, sebelum ini kami belajar, masih belum mampu untuk keluar bercuti dan kemudiannya masing2 berkahwin dan dia menetap di Doha, Qatar - just imagine how far she is from me... :( Kadang2 sedih sgt sbb susah nak bercerita dan mengadu dan dia merupakan satu2nya adik perempuanku. Well, back to my main topic.
Ini merupakan plan spontan kami dan alhamdulillah kami diberikan "green light" oleh suami masing2 terutamanya adikku ini yang terpaksa meninggalkan 2 orang anaknya dengan mak kami. We were away for 4 days 3 nights and this is her first time far apart from her children. Anyway this is one of the most memorable vacations. Firstly coz kami jumpa lelaki ini - Anuar Zain! yang mana dia merupakan favourite kami. Sempatlah amik gambar n chit chat sket. Adik aku lah yang berani memulakan langkah pertama sebab dia yang sememangnya perasan dulu siapa lelaki yang berjalan di sebelah kami...hehehe...




Sesampainya kami di sana terus dibawa ke restoran (memang masa tu pun tengah lapar giler!). Dapat makan di restoran minang, apa lagi sental habis lah. Lepas tu tanpa melengahkan masa terus kami memulakan perjalanan ke Tangkuban Parahu dan seterusnya aktiviti utama di Bandung iaitu SHOPPING!





Selepas itu kami makan lagi. Kali ni makanan Sunda plak. Kat sini memang syurga makanan! Sedap2 betul. Rasanya berat bertambah setelah balik dari trip ini.



Habis makan tu baru lah kami checked-in ke hotel. Esoknya pagi2 lagi kami dah ke Pasar Baru untuk sambung kerja kami ; ) Tanpa disedari kami berada di situ sampai petang. Maknanya dari mula orang buka kedai sehinggalah orang tutup kedai. Tak pernah aku mabuk sebegini. Tak cukup cash, credit card pun jalan. Petang itu juga kami bertolak ke Jakarta. Sampai sana makan Minang lagi tapi tak berapa sedap sangat.
Esok paginya kami ke Monnas dan Taman Mini Indonesia. Selepas itu kami dihantar ke Mangga Dua tapi kami memang dah takde mood nak shopping maka terus lah kami memanjakan diri di spa. Murah giler! Kalau aku dok kat sini (dengan income mcm sekarang or lebih) memang tiap2 minggu 3 kali aku ke spa...hehehe...








Esoknya kami pulang semula ke Kuala Lumpur. Letih sangat sebab flight kami delayed. 8 jam tu. Hati dah berdebar2 nak jumpa suami dan anak2. Geram sangat rasanya! Tapi apa2 pun memang seronok sesekali dapat girls outing ni. Entah bilalah dapat lagi memandangkan sekarang ni adik aku tu tengah sarat mengandungkan anak ketiganya. Dan mana tau lepas tu giliran aku plak?! Lambat lagi lah nampaknya...



Inilah supir kami semasa di sana - Hendra

Thursday, July 9, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Salam. Hari ini aku mengemaskini gambar2 di dalam pc aku ni, maka terjumpalah gambar2 yg diambil ketika kami bercuti. Nasib baik gambar2 ini dapat diselamatkan kerana laptop aku yang sebelum ini meletup dan terpaksa menukar motherboard-nya. Nasib baik masih ada warranty so xdelah aku kena keluarkan belanja yang besar. Laptop yang aku pakai sekarang merupakan laptop ke-3 aku yang mana laptop pertama aku dah corrupted (murah punya) yang aku beli semasa masih belajar. Itulah yang aku gunakan untuk menyiapkan assignment2 dan menyiapkan tesis degree aku. Yang ke-2, selepas ganti motherboard tu, aku bg manager aku pakai - letak under office equipment. Yang ke-3 ni aku harap lama lah jangka hayatnya...
Berbalik kepada gambar2 ketika kami bercuti tu... Selama aku membesar, kami memang jarang pergi bercuti kemana2. Tapi tidak bermakna kami tidak berjalan cuma ayah aku lebih gemar menghabiskan cuti sekolah kami di bandar Kuala Lumpur ini kerana semua kesukaan dia ada di sini. Jadi, aku memang selalu berdoa agar dapat suami yang suka melancong/berjalan/bercuti. Alhamdulillah, memandangkan aku pun kahwin awal, tak sempat outing bersama kawan2 bujang tetapi dapat suami yang mempunyai minat yang sama denganku.
Gambar2 yang di upload ni bermula dari zaman kamera digital coz zaman pakai filem tu tak dpatlah kan?! Takkan nak scan satu2, jenuh lah plak.

1) Langkawi - Ini merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki ke pulau lagenda ini. Ketika ini suamiku betul2 membawaku melawat sekitar Langkawi. Aku pula memang tidak membeli langsung yang mana suamiku pun hairan kerana biasanya perempuan memang ke Langkawi ni untuk shopping. Walau pun di-offer berkali2 aku tetap dengan keputusan untuk tidak membeli apa2 kerana bagiku aku ingin bercuti! (lagipun memang aku tak pandai nak mencari souvenir kat org).






2) Pulau Pinang - Aku dah beberapa kali ke Penang, cuma kali ini aku membawa emakku dan anak2 bersama. Ini merupakan kali kedua mak aku ke Penang. Pertama kali semasa dia mengandungkan aku (just imagine dh brp lama - more than 20 yrs). Maka aku bawalah mak aku skali. Kebetulan pergi kali ni pula, adik perempuan suamiku sekeluarga pun turut serta. Memang meriah lah suasana. Penang ni aku paling suka makanannya - Laksa, Pasembur, Char Kway Teow.... Trip kali ini juga aku merasa naik ke Bukit Bendera. Letih giler! Bukannya apa, nak menunggu turn tu mau setengah hari... Lagi satu, suamiku kalau bercuti memang round habis tempat tu. Takde nya nak duduk kat hotel je, mesti keluar. Hotel tu betul2 untuk mandi dan tidur je.

Makan kat Gurney Drive


Dalam Taman Rama2. Anak perempuan aku memang takut nak masuk sini, kalau binatang besar dia berani plak...


Ini sementara nak tunggu turn nk naik Bukit Bendera


Ini gambar beberapa tahun lepas, sekarang budak2 ni dh pandai melawa...



3) Pangkor - Trip kali ini semata2 menemankan suamiku pergi main golf. Kiranya family outing lah skali ramai2 sumer bawa family tetapi aku rasa macam isolated plak sebab kawan2 suamiku semuanya kebanyakkan dh berumur...wife2 diaorg baya2 mak aku..hihihi...so sumbang je aku rasa...


Ini sesi berkaraoke masa dinner malam terakhir - "My Way"





4) Redang - Ini merupakan kali pertama aku ke pulau peranginan (Langkawi and Pangkor tidak tergolong dalam pulau peranginan ok?!). Memang syok habis! Pertama kali aku tengok air laut yang begitu jernih! Subbahanallah! Kali pertama juga aku pergi snorkeling. Mula2 panik pastu syok plak. Memang tak puas! Resort ni merupakan tempat shooting filem Hong Kong - Summer Holiday - Laguna Redang Resort.






5) Langkawi (II) - Kali ini aku ke Langkawi membawa parents aku plak. Memandangkan mak aku selalu menyebut nak ke Langkawi, maka aku bawalah... Kami pergi hari raya aidilfitri yang ke-3 tetapi masih ramai je orang yang datang bercuti. Ayah aku pun naik syok gi Langkawi bukannya apa, sebab seronok nak beli barang2 peralatan dapur. Kali ni aku pun memang tujuannya untuk shopping! Balik tu penuh lah satu kereta. Betul2 ruang untuk driver je yang selesa. Aku sampai seminggu sakit pinggang tak habis. (Mak aku nak pergi naik kereta sebab nak tengok suasana sawah padi n nak merasa naik feri).




Suami dan mak aku mempunyai minat yang sama kalau bab2 hidupan bumi ni, so memang suka lah diaorg habiskan masa di Underwater World (katanya Aquaria KL lagi best tp aku x berkesempatan pergi lagi).



6) Kota Kinabalu - Aku paling suka sebab seafood nya murah! Hasil laut memang fresh sgt! Selama 3 malam di sana memang asyik makan seafood je. Aku dan suami memang giler makan seafood. Apa lagi... Pastu dapat naik ke kaki Gunung Kinabalu langsung ke Kundasang. Cantik suasananya. Macam Cameron Highland lah kalau di Semenanjung ni. Hasil tanaman memang banyak. Perkampungannya nampak damai sangat terutema yang di lembah. Umpamanya kalau bangun pagi tu nampak indahnya alam! Yang kelakarnya bila sebut kaki gunung aku bayangkan di tanah rata rupanya perjalanan seumpama ke Cameron or Fraser Hill. Aku ni memang bukan orang bukit. Suamiku bengang je sebab aku asyik tanya "lambat lagi ke nak sampai?"...hihihi...
Kat sini juga kami sempat ber-snorkeling di Pulau Manukan tetapi tak amik gambar sebab bateri dah habis...


Kat belakang tu akuarium untuk pilih seafood (ini restoran yang harganya reasonable and affordable - yang standard 5 star pun ada kat sana tapi ini pun sudah memadai...)

Tengoklah suasana kat belakang tu - cantik....


Kelihatan Gunung Kinabalu



Ini semasa ke wet market - ikan dan sayuran segar...

7) Kijal, Terengganu - Sepatutnya ada gambar2 aku ke Pulau Perhentian untuk kali pertama tetapi sudah terkubur bersama motherboard laptop aku tu. Yang ini pun trip untuk family outing geng2 golf suamiku. Tetapi kali ini aku bawa mak aku, cousin aku - Ain dan Sara. So, xdelah boring sangat masa suamiku golfing tu. Dapatlah aku spend masa ngan diaorang...






So, itulah diantara gambar2 yang di dlam simpanan. Tak laratlah nak upload banyak2 cuma highlight je. Kali terakhir aku bercuti bersama suami ialah bulan Mei yang lepas iaitu ke Pulau Perhentian untuk kali kedua...yang mana gambar2 dh upload bulan lepas....