Monday, March 23, 2009

Tudung Ekin n Kasut Saiz Besar




Salam. Seronok sungguh aku kerana aku telah berjaya menjejakkan kaki ke kedai tudung Ariani. Bukannya apa, dari hari tu aku sibuk sangat takde masa nak menjengah ke kedai tu. Aku pun teringin gak nak melaram ngan fesyen tudung terbaru ni ala2 tudung ekin tu lah. Bukannya kat kedai lain takde jual tapi biasanya diaorang pakai saiz standard je. Memandangkan muka aku ni bulat, maka terpaksalah mencari saiz tertentu.
Dulu aku teringin sangat nak pergi ke Sri Munawwarah tapi sekarang tak sampai2 lagi. Kedainya pun nun kat damansara..malas plak aku nak perginya. Apa2 pun aku betul2 berpuas hati lah dapat pakai tudung ni...nampak cantik lagi..chewah!
Lagi satu yang seronoknya aku dah dapat cari kedai untuk menempah kasut bagi kaki ku yang macam kapal ni. Harganya pun boleh tahan memandangkan ianya dibuat mengikut spesifikasi kaki kita sendiri. Lepas ni penuhlah rak kasut kat rumah aku tu...
Maka kat sini aku letaklah gambar yang aku perasan cantik tu...

Friday, March 6, 2009

My Favourite Cakes





Baru-baru ni aku buat 2 jenis kek yang paling aku gemari. Yang pertamanya ialah cheesecake dan keduanya ialah fair lady cake. Cheesecake ni bagi aku memang dah biasa orang mendengarinya dan ramai juga yang gemarkannya. Tapi bagi fair lady cake tu, bukan semua kedai ada menjualnya. Pertama kali aku rasa kek ini ialah lebih kurang 10 tahun yang lepas. Kalau ikutkan biasa je kek nya, cuma vanilla sponge cake yang diselaputi krim dan white chocolate. Memanglah simple, tp nk mencari resepi yang betul2 sedap tu yang mengambil masa.
Aku terjumpa resepi sponge cake yang paling senang dan mudah serta ringkas tu dari resipinoraini@blogspot.com. Aku berterima kasih sangat dengan ilmu yang dikongsikan itu maka aku tak perlu lagi tercari-cari kek itu kat kedai. Kemudiannya, untuk krimnya plak aku gunakan whipped cream tetapi white chocolate tu lah plak yang tek berapa nak bestnya. Anyway, banyak gak lah aku makan kek tu. Puas hati giler!