Monday, August 31, 2009

Selamat Datang Sayang!

Salam. Hari ini (30hb Ogos 2009) adik perempuanku telah selamat melahirkan anak ketiganya. Kalau nak diikutkan nama yang telah dipilih ialah Tun Zara Sofea tetapi tak tau lah kot ada perubahan plak. Betul2 tepat dengan masanya mak aku sampai ke sana. Kira2nya jet lag pun blom habis lagi.
Baby adik aku ni seperti biasa memang tidaklah besar sebab maknya pun kecik je orangnya. Kalau tak silap beratnya cuma 2.48kg. Apa2 pun alhamdulillah sebab semuanya telah selamat.
Dek kerana kecanggihan dunia cyber sekarang ni, maka dapatlah aku menatap gambar baby baru ini walaupun kami terpisah seberang lautan. Kepada Sofea, selamat datang sayang! Umi doakan supaya Sofea menjadi anak yang solehah, panjang umur, murah rezeki dan semoga aman damai serta sihat sejahtera sentiasa.

1 comment:

Lynda.CG said...

nama glamer abes! comey cam muka mak dia gak kan..