Sunday, November 28, 2010

Sepetang bersama Chenta Hatiku @ Putrajaya

Salam. Terlalu lama sangat FK membiarkan blog ni. Bukannya apa, kekadang tu sibuk sampai tak sempat nak buka...tapi bila ada masa xde mood plak nak mengarang. Apa cerita terbaru ek?! Hhmmm...raya aidiladha baru ni adik FK yang di Qatar tu balik ke Malaysia lagi tapi kali ni dia sekeluarga beraya di rumah mertua dia pulak. Tapi sempat gak lah FK habiskan masa dengan anak2 buah FK tu. Pastu, ayah FK disearang bell-palsy yang mana ia menyerang saraf di bahagian muka. Terkejut gak kitaorang sebab ingatkan dia kena stroke. Tapi alhamdulillah ianya tak seserius itu. Insya-Allah kalau betul cara boleh kembali kepada normal.

Bagi diri FK pulak, oleh kerana tahun ini sudah 7 tahun berkahwin dan masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahayamata, FK dan suami pergi mendapatkan rawatan dengan doktor pakar. Sebenarnya kitaorang dah pernah pergi sebelum ni tapi doktor tu tak galakkan sebab FK punya tekanan darah tinggi dan kencing manis yang agak serius juga. So, benda ni boleh membahayakan nyawa FK dan bayi yang dikandung. Ya, cakap memang senang...tapi nak betul2 sepenuh hati mengawal pemakanan dan kesihatan ini adalah berat juga. Terlalu banyak sebabnya. Apa2 pun lain orang lain masalahnya kan?!

So, kali ni FK tetap gak teruskan dengan rawatan. Minggu lepas FK membuat rawatan HSG yang mana doktor masukkan sejenis pewarna untuk melihat jika ada tiub fallopio yang tersumbat. Sekejap je prosesnya tapi boleh tahan gak sakitnya. Mula2 lepas buat tu takde apa tapi bila dah menjelang petang dan nak tidur malam tu agak sengsara lah juga. Perut beralaskan bantal untuk tidur malam tu. Nasib baik hubby sangat memahami. Dia lah yang tolong masak malam tu. Alhamdulillah bila bangun pagi agak lega sedikit. Dah petang tu, hubby ajak keluar jalan2 tengok wayang. Tapi tak boleh jalan laju2 sebab masih ada lagi sedikit rasa sakit kat perut tu.

Seperti biasa tempat yang kitaorang pergi ialah Alamanda Putrajaya. Punyalah ramai orang...nak cari parking pun ambil masa lebih 20 minit. Sampai kat GSC semua tiket penuh. So FK ajak hubby pergi minum kat Taman Wetland. Sedap sungguh lepak kat situ sambil ditiup hembusan angin petang. Pastu kami meneruskan ke destinasi kedua iaitu Pullman Lakeside. Sangat cantik okeh?! Tapi hubby malas nak jalan jauh...cuma kat area orang main luncur air je...tidak ke hotel. Takpe, hubby janji nanti nak bawa ke hotel tu pulak. Maybe spend one night kat hotel and spa. ;)