Monday, November 23, 2009

Hujung Minggu Saya...

Salam. Hujung minggu baru ni aku dan suami pergi ke Raub untuk melawat adikku yang tinggal di sana. Sudah berkali-kali diajak dan kebetulan kali ini daddy dan mak aku pun ke sana maka sampailah hajatnya. Raub merupakan sebuah daerah yang masih banyak lagi ciri2 kekampungannya. Populasi penduduk di sini adalah lebih kepada kaum Cina. Masih belum ada bangunan2 tinggi, dan masih kelihatan rumah-rumah kediaman yang disediakan kerajaan dahulu kala. Kalau di kampungku dah habis rumah2 tersebut diroboh.
Apa2 pun sebenarnya aku nak menceritakan perihal satu kedai makan di bandar Raub ni. Namanya Restoran Sentosa. Kiranya glamourlah kedai ni. Sekiranya nak entertain client, di sinilah tempat yang sesuai. Aku dapatlah merasa salah satu masakan specialnya iaitu Ikan Patin Masak Stim Asam Pedas. Pergh! Sedap banget! Tak terasa hanyirnya ikan tu. Memang berbaloi betul makan walaupun harganya mencecah ratus ringgit. Hhmm...masih teringat2....



Petang tu pula kami sekeluarga ke Kuala Lipis menemankan daddy aku yang ingin berjumpa orang. Kira2 satu jam jugalah perjalanan kami ke sana. Namun begitu, orang yang ingin dijumpa tu hilang tanpa dapat dikesan. So, alang2 dah samapi ke Kuala Lipis aku ajak diaorang kemana? Cuba teka?..........rumah Siti Nurhaliza....hahaha....kata bandar penyanyi no. 1 negara kan?! Mak aku pun excited lah. Bukanlah aku nak masuk dalam rumah pun, cuma nak tengoklah juga rumah dia tu kan...siap amik gambar lg...hihihi





Lepas tu, sebelum balik ke KL, aku hubby, Is n Azie ke Lata Jarum untuk berkelah. Sejuk giler airnya sebab musim hujan n air pun jadi keruh. Is menjala dapatlah 2 ekor ikan kelas saiz setengah tapak tangan...
Itu sajalah aktiviti hujung minggu saya kali ini.

Sunday, November 15, 2009

Ayuzul

Salam. Lately rasa macam xde idea nak update blog ni. Tak banyak cerita baru untuk dikongsi. Namun, semalam rasanya seronoklah juga sebab aku dapat berjumpa dengan kawan yang dah lama x bersua muka. Kali terakhir jumpa masa majlis perkahwinanku tapi itu pun tak dapat borak sangat sebab tengah sibuk bersiap. Masa dia kahwin lak, aku ada hal. Sekarang ni anak dia dah nak masuk dua dah.
Kawan aku ni dikenali sebagai Ayuzul. Housemate aku masa di Matrik dulu. Dia ni baik orangnya. Tak reti nak sangka buruk kat orang. Aku suka kawan ngan dia. Teringat cucur yang selalu goreng dulu. Makan time2 hujan masa tengah panas2 tu memang sodap! Dia ke KL sebab hantar ayahnya yang ke Mekah. So, sekejap je lah jumpanya. Tak sempat nak berbual panjang. Tapi seronok gak lah. Hhmm...bilalah dapt jumpa lagi...


Ini gambar kami 12 tahun yang lalu...

Sunday, November 8, 2009

My 31st Birthday

Salam. Today genaplah umur aku 31 tahun. Aku sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas di bumi ini. Aku bersyukur juga kerana pada tahun ini aku dapat menyambut birthdayku dengan insan-insan tersayang. Sebenarnya semua berlaku secara kebetulan. Setelah hampir 2 minggu parents ku berada di KL, ayahku menunda untuk pulang ke Pahang dan meraikan harijadiku dan adik lelakiku yang dah terlepas sebulan tetapi ketika itu mak aku takde di Malaysia untuk menyambutnya. Kiranya celebrate bersama lah ni. Cuma adik perempuanku yang tiada kerana berada nun jauh di Qatar.
Dijadikan cerita juga, ibu saudara dan atok aku pun berada di KL, maka kami semua keluarlah makan malam bersama. Selesai makan malam dan potong kek, kami lepak pula di The Zone untuk mendengar live band serta menonton gelagat dan aksi2 orang menari di situ. Sempatlah aku n hubby menari 2 lagu, nak tercabut gak rasa kaki, almaklumlah sejak badan dh membesar ni nak bawa badan pun dah tak larat. Entah bilalah will power aku ada untuk diet ni...
Tahun ini juga banyak aku mendapat ucapan dari kawan2 memandangkan sejak ramai orang dah ada FB ni so ada reminder. Terima kasih di atas doa2 kalian. Semoga aku dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, panjang umur, kebahagiaan dunia dan akhirat. Itulah diantaranya. Aku juga berdoa agar tahun ini aku dikurniakan zuriat memandangkan umur pun dah semakin meningkat dan rasanya aku dah bersedia. Insya-Allah.
Apa2 pun layan je lah gambar2 kat bawah ni...








My most favourite cake - Fair Lady Cake

Kek untuk Is







Monday, October 19, 2009

My 6th Anniversary

Salam. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT di atas kebahagiaan yang dikurniakan-Nya. Sabtu yang lepas genaplah 6 tahun aku bergelar isteri kepada Ahmad Kamal bin Arvarruddin. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat...insya-Allah. Kebetulan bulan syawal pun masih tinggal beberapa hari lagi maka aku menyambut ulangtahun perkahwinan pada tahun ini dengan mengadakan rumah terbuka untuk keluarga dan teman2.
Oleh kerana tahun ini aku dah berkecimpung dalam dunia baking ni, maka aku buatlah sebiji kek yang menjadi salah satu favourite aku iaitu pic cake. Bukannya apa, aku sebenarnya suka sangat kalau vanila sponge cake yang disalut dengan fresh cream ni. Sedap! Kalau bagi aku makan sebiji yang saiz 8" itu seorang pun boleh habis.
Aku sungguh terharu dengan kehadiran rakan sekolahku sewaktu di tingkatan 1 Sekolah Menengah Tengku Afzan Kuantan dulu. Setelah berbelas tahun tak jumpa, dia sudi datang ke open house aku. Tapi rasa bersalah pula sebab tak dapat layan sepenuhnya kerana maklumlah rumah aku tu tidaklah besar, jadi bila 5 family datang serentak terus sesak. Apa2 pun, terima kasih Mis!
Gambar pun tak byk yg diambil sebab dalam kesibukkan dan kekalutan tu, terlupa. Cuma ketika awal majlis je yang sempat dirakam...



Monday, October 5, 2009

Suratan atau Kebetulan

Salam. Hari Khamis yang lepas aku ke Kuantan untuk menghantar si Sara balik. Bukannya apa, aku dh nak start buat kerja kek aku semula. Kalau ikutkan seronok juga ada dia, mulut dh makin bising sebab dah pandai bercakap. Ada2 je telatah dia yang membuatkan aku tersenyum. Hari itu juga aku membuat sebiji carrot cake. Teringin sangat nak makan. Mengenangkan di rumah ni cuma aku dan suami maka aku bawalah kek itu sekali. Rupa2nya kebetulan birthday Min semalamnya. Tak semena2 dapatlah dia berposing sambil memotong kek walaupun di atasnya tertulis "Selamat Hari Raya"...hehehe


Saturday, September 26, 2009

Family Outing

Semalam aku, suami dan anak2 ke The Curve, Damansara untuk menonton wayang. Sebelum itu kami makan di Little Penang dan kemudiannya barulah ke Cineleisure. Barulah terasa meriah sikit bila semua berkumpul. Hari ini sempatlah kami beraya ke rumah ibu saudara suamiku.






Hari Raya Saya Tahun Ini

Salam. Diam tak diam hari ini dah 7 hari umat Islam merayakan Aidilfitri. Bandar Kuala Lumpur sudah mula sibuk dengan kenderaan yang mana kebanyakkan warga kota sudah pulang semula untuk menjalani hari2 seperti biasa. Namun aku rasa mood raya masih menebal dan sudah pasti banyak rumah2 terbuka akan diadakan sepanjang bulan Syawal ini.
Bagi diriku raya pada tahun ini amatlah kurang meriahnya. Memandangkan ibuku pergi ke Qatar untuk beraya bersama adik perempuanku yang sedang dalam pantang anak ketiganya dan adik lelakiku pulang ke kampung mertuanya, aku dan suami menyambut Syawal di rumah kami di Kuala Lumpur. Pada mulanya ingin juga pulang ke Pekan untuk menyambut raya tetapi apabila mengenangkan hanya kami berdua yang akan bersiap sedia di rumah besar itu pada malam raya, maka kami batalkan saja niat itu. Walaubagaimanapun kami pulang juga pada hari raya ketiga kerana adik lelaki ku juga pulang jadi kami beraya ke rumah datuk serta ibu dan bapa saudara kami.
Hari raya kami berlalu dengan begitu ringkas. Selepas suamiku pulang dari solat sunat hari raya, kami bermaafan, bersarapan dan keluar beraya ke rumah abangnya. Kemudian kami ke rumah datuk saudara suamiku dan seterusnya ke rumah ibu angkatku. Malam itu kami ke rumah adik perempuan suamiku untuk makan malam. Dengan itu, tamatlah hari raya pertama kami.
Pada hari kedua Syawal aku menerima kunjungan kawan sekolah ku yang sudah hampir 15 tahun tidak bertemu. Kebetulan dia ke KL untuk menziarahi adikya di Hospital Ampang maka dia bertandang ke rumahku. Sempatlah mengemaskini cerita2 terbaru kami. Aku cuma sempat menjamunya dengan nasi tomato dan ayam masak merah kerana pasar masih belum beroperasi seperti biasa.
Bangun pagi hari raya ketiga suamiku tiba2 menyuarakan hasrat untuk pulang ke kampung Pekan, Pahang. Belum sampai ke rumah, ayahku sudah menelefon membuat permintaan untuk mee rebus. Apa lagi, sesampai je di rumah Pekan, terus kami ke dapur untuk memasak. Sempatlah hantar ke rumah datukku kerana mee rebus ini merupakan antara menu kegemarannya. Esoknya aktiviti biasa kami pun bermula. Sesudah sarapan dengan mee rebus, kami meneruskan menu dengan lontong dan sebelah malamnya pula kami makan malam dengan asam pedas kepala ikan. Kiranya seharian itu agak sibuk kerana saudara mara dan kawan2 ayahku ramai yang datang sebab baru hari itulah rumahnya terbuka.
Kami pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari Khamis. Tidak sempat juga aku beraya ke rumah kawan2ku di kampung. Betul2 terasa tidak meriah suasana rayaku pada tahun ini. Cemburu aku melihat gambar2 raya yang kawan2ku upload dalam Facebook. Aku pun tak sempat ambil gambar walau sekeping pun.
Namun pada hari Jumaat anak2 suamiku sudah pulang dari kampung maka kami pun keluar menonton wayang. Sekurang2nya ada lah juga rasa hari raya bila anak2 berkumpul ni. Harap2 tahun depan daptlah adik perempuanku beraya di Malaysia supaya kami dapat berkumpul sekeluarga semula. Sungguh tidak seronok raya saya tahun ini!
Anyway, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam.

Friday, September 18, 2009

Orkid Saya Berbunga!

Salam. Gembira rasa di hati apabila melihat pokok orkidku sudah berbunga. Pertama kali dalam hidupku menjaga pokok bunga. Selama ini memang tak tergerak hatiku dengan tanaman ini walaupun mak aku mempunyai koleksi orkid yang sangat meriah sampaikan ada yang datang mencuri. Tetapi dek kerana aku merasakan balkoni rumahku itu kosong, maka aku mintalah ngan mak beberapa pasu. Lebih kurang sebulan yang lepas mak datang membawa 5 biji pasu yang berisi orkid. Dengan rasminya hari ini ia berbunga!



Saturday, September 12, 2009

Malam Minggu

Salam. Malam ni selepas habis satu round golf tournament kat tv seperti biasa aku mengajak suamiku untuk mengadakan "lawatan kawasan" sekitar KL. Memang itulah kebiasaan malam minggu kami walaupun tak turun dari kereta aku suka untuk melihat suasana KL ketika itu. Dengan lampu2 yang meriah seolah2 bandar ini tak pernah tidur.
Namun begitu malam ini tidak seperti malam2 biasa apabila sekitar Jalan Sultan Ismail/Bukit Bintang agak lengang manakala sekitar Chow Kit dan Jalan TAR pula yang penuh dengan umat manusia. Punyalah ramai orang seolah2 kita akan beraya pada ahad ni pula. Padahal kita masih ada seminggu untuk meneruskan ibadah puasa kita. Jalanraya sesak dengan gerai2 jualan di kaki lima dan kereta diletakkan sepanjang jalan.
Kalau diperhatikan sebenarnya nampak sangat memang orang melayu kita yang suka memeriahkan jalanraya ni. Bayangkan jalanraya di kawasan Bukit Bintang sangat lancar, tidak seperti hari2 biasa terutamanya malam minggu memang akan sesak. Sekarang ni semua orang tertumpu ke tempat lain pula.
Apa2 pun pesananku cuma satu, beringat2lah ketika berbelanja. Jangan pula sampai pokai selepas raya nanti. Biarlah kita mengamalkan sikap bersederhana. Tidak perlulah membazir. Kepada peniaga2 pula, janganlah mengambil kesempatan. Biarlah rezeki yang diperolehi itu halal dan diberkati Allah SWT. Insya-Allah...








Thursday, September 10, 2009

Chinese Muslim Cuisine

Semalam aku dan suami berbuka bersama ayahku yang kebetulan datang ke KL bersama sepupunya kerana mempunyai "urusan kerajaan" di sini. Oleh kerana ahad yang lepas aku tak jadi berbuka di chinese food restaurant tu maka kali ini aku ajaklah ayahku bersama. Dia memang sukakan chinese food ni. Kiranya semasa bujang dulu aku ngan dia memang geng habislah kalau bab makan ni. So, pernah satu ketika dulu aku diet nasi dialah insan yang paling bengang sekali sebab teman sealiran tak dapat nak join..hihihi. Tiap2 hari dia dok menggoda aku dengan nasi.
Berbalik kepada chinese food ni, suamiku pun mempunyai selera yang sama. Tetapi semenjak menonton Asian Food Channel di Astro tu suamiku dah mula merasa was2 untuk makan di kedai yang betul2 chinese. Ramuan yang digunakan terutama di dalam sup utamanya boleh diragui. So, oleh kerana restoran ini sememangnya di "highlight" kan dengan perkataan muslimnya maka kami pun cubalah. Katanya pengusahanya merupakan seorang mualaf.


So, semalam sampailah kami ke Homst Restaurant. Ianya ada dua branch satu di TTDI dan yang kami pergi ini terletak di Kota Damansara. Kedainya simple. Oklah. Menunya nampak menarik. Untuk kami berempat aku order Siakap masak stim, Kerapu masak sweet n sour, salted vegetable soup, tofu with crab meat, wet butter prawn dan asparagus oyster. Semuanya small portion. Rasanya memang boleh tahan dan boleh juga dikatakan sedap. Harganya juga agak berpatutan. Keseluruhan hidangan termasuk minuman cuma RM120. Memang berbaloi. So, bagi anda yang ingin makan masakan Cina tanpa rasa was2, pergilah ke restoran Homst sama ada di TTDI atau Kota Damansara.


* Sorry, gambar menu tak sempat ambil...

Mencuba Resepi

Salam. Setelah hampir tiga minggu kita menjalani ibadah puasa selera aku dan suamiku menjadi semakin tumpul. Sudah kekeringan idea untuk memasak atau membeli menu apa untuk hidangan berbuka puasa. Kekadang tu kuih yang dibeli RM2 pun tak terhabis dimakan. Minggu lepas juga kami makan di luar untuk memuaskan selera kami. Bermula dari hari jumaat tu, kami berbuka puasa di KLCC. Suamiku memilih mee kari manakala aku dengan mee kicap. Selesai satu acara.
Keesokkannya pula kami merantau sehingga ke Kajang kerana ingin makan sate. Selera suamiku ini memang berlainan sedikit kerana dia suka makan sate perut tembusu. Bukannya perut yang macam tuala tu tapi perut panjang . Memang sejak berkahwin macam2 menu eksotik yang suamiku ni ajar aku makan (so tau lah kenapa badan aku sebegini kan?!). Kebetulan plak tempat peniaga sate kegemaran kami telah dipindahkan dan belum siap lagi tempat barunya. Maka terpaksalah kami makan di gerai sate pilihan kedua. Maka tahap kepuasan tu kuranglah sikit.
Hari Ahad tu kami bercadang untuk mencuba chinese muslim food restaurant yang disarankan oleh Kelly pula tetapi suamiku dah muak makan di luar. So kami memasak di rumah sajalah. Kebetulan aku baru membeli majalh SAJI keluaran khas Aidilfitri so suamiku mulalah memilih resepi untuk dimasak.
Suamiku memilih menu siakap steamed with light soya sauce, mongolian butter prawn n masakan jawa - sambal goreng. Ermm....puas sungguh kami malam tu. Kiranya penuhlah selera kami pada hari itu. Alhamdulillah.


Walaupun rupanya kurang menawan tetapi rasanya...."Wow!"


Ini memang tak dapt disangkal lagi kesedapannya, menjadi menu kegemaran yang baru...


Sambal goreng ni kalau diratah saja pun SODAP! nyum2...