Tuesday, June 29, 2010

Toy Story with Sarah

Hari ini first time FK bawa Sarah gi tgk wayang...hehehe...kecik2 dh ajar ek?! Citer Toy Story. Memang seronok citer tu n x boring. Dr mula smpai lah endingnya. Tp yg x seronoknya si Sarah ni nk buang air kecik lah, air besarlah...time dh nk habis lak tu. Anti-climax sungguh.
Habis citer tu gi bawa si Sarah ni ke tempat game lak. Dpt lah dia main keta n motor yg masuk coin tu. Pastu bila ajk blk x nak plak. Nahas betul. Tp nasib baik bila umi bulat mata je terus dia ikut...hihihi...

Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, June 28, 2010

Panggilan Pulau 2010

Salam. Konon2nya niat di hati nak update blog sekerap yang mungkin, tapi nak mencari mood n masa yang sesuai tu selalu je susah. Maka, banyak hari juga lah blog ni terbiar sepi. Hari ini semuanya balik seperti sediakala...hubby ke ofis n FK tinggallah kat rumah untuk mengemas setelah seminggu kami keluar bercuti.
Seperti 2 tahun yang lepas, tahun ini FK n hubby ke Perhentian sekali lagi. Kali ni tercapai lah hasrat FK untuk bawa parents ke sana. Selain itu, kawan baik FK, Haza pun turut serta. Dan secara kebetulannya, ayah saudara FK pun ada...nak cerita panjang kisahnya macam mana dia blh ada dalam ini gambar...hehehe
Pemergian kali ini juga, kami berpeluang untuk "tour" ke resort Dato' yang satu lagi - Shari-La yang mana terletak di Perhentian Kecil, Dapatlah juga tengok bilik dari "standard room" sampai ke banglo. Kalau ikutkan cantik juga resort yang ini, tapi hati FK n hubby tetap di Coral View... ;)
Tak perlulah nak letak gambar byk2 coz last year punya holiday pun dh byk FK upload gambar. So, yang ini je lah...







Bergambar ngan Faisal - anak kepada Dato'
Inilah owner resort tu...





Thursday, June 17, 2010

Lagenda Budak Setan


Baru-baru ni aku pergi menonton filem Lagenda Budak Setan. Rasanya memang dah lama sungguh menantikan tanyangannya. So, bila kata keluar je cerita ni kat wayang, teruslah aku pergi menontonnya. Seorang diri. Mulanya janji ngan Zimah, Kelly n Ina tapi tiba2 Zimah ada hal lak so dia minta postponed plan tu. Mana tahan!!!...hehehe...sorry Zimah!
Bagi mereka yang pernah baca novel karya Ahadiat Akashah ni mesti dah tau sangat macam mana jalan ceritanya. Aku pun sebenarnya dah ingat2 lupa dah jalan ceritanya. Tapi yang aku tau, kisah cinta Ayu n Kasyah ni memang banyak sangat rinatangannya sehinggalah akhirnya Ayu meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka. Memang dasyatnya sedih cerita ni. So, bagi yang pernah baca seperti aku ni, perasaan ketika melangkah masuk ke panggung tu memang dah sebak. Apa lagi ditambah dengan lagu Bila Cinta tu berkumandang. Sayu!!! Tapi part yang paling aku rasa sebak bila Ayu kena pukul ngan Azmi. Kesian tengok. Dengar pulak suara si Lisa tu nangis2 merayu, tak tahan lagi dah air mata aku ni. Masa tu teringat lah ketika baca novel bagaimana seksanya hidup si Ayu tu ngan Azmi. So perasaan sayu + sedih tu hadir kerana diikuti dengan perasaan dari membaca novel tu. Maka bagi sesiapa yang belum baca novel memang tak berapa "feel" sebab kalau ikutkan terlalu singkat nak diceritakan dalam masa 90 minit tayangan. Mana nak sama dengan 900 muka surat novel tu.
Apa2 pun aku memang berterima kasih dengan pihak2 yang mereliasikan novel ini kepada filem. Tahniah juga kepada pelakon2 utamanya yang berjaya membawa watak masing2.

Sunday, June 13, 2010

Sahabat Blog @ Kelab Blogger

Satu hari Ahad yang malas lagi buat diriku. Setelah puas berjalan dari satu blog ke blog, maka terjumpalah blog En. Ben ni. Setelah membaca syarat2nya, berminatlah aku untuk join kelab yag disebutnya itu. Bukan apa, walaupun kalau ikutkan kewujudan blog aku ni dah lama, tapi bak kata En. Ben, bukan semua orang baca blog kita kan?! So, aku teringin gak nak berkenalan ngan blogger2 yang lain, sekadar untuk menambah kenalan...


Semoga dapatlah menambah kenalan dan membina ukhwah sesama kita...(chewah, ayat skema!)

Saturday, June 12, 2010

Macarons

Semua ni gara2 cikgu coklat aku. Aku bukan main terliur lagi bila dia upload gambar macarons ni dalam fb dia. Sebenarnya aku tak pernah rasa pun macarons ni. Tapi bila tengok rupa memang aku tergoda. Aku ni plak mmg sweet tooth person so apa lagi, aku google lah resepi benda alah ni. Bahan2 nya plak mmg dah sedia ada kat rumah maka bermulalah baking project ku ini. First time buat xdelah cantik sangat tp ada "kaki" maknanya ada harapan gak lah walaupun bentuk tu tak berapa nak cantik lagi. Apa2 pun mmg sedap benda ni. Kalau pro yang buat lagilah sedap agaknya. Nanti aku nak gi cari yang jual kat bakery lak. Nk test mana lagi sedap...hehehe...





Sunday, June 6, 2010

3 hari 2 malam

Aku n kawan2 dah plan BBQ ni lebih sebulan yang lepas. Alhamdulillah jadi gak walaupun beberapa kali tarikh terpaksa diubah. Maklumlah, masing2 ada commitment sama ada dengan kerja ataupun family. So, kebetulan Jumaat 28hb Mei tu cuti hari wesak maka berkumpullah kami semua di rumahku. Tujuan kami sekadar untuk berkumpul dan catch up citer2 terkini sambil menjamu selera.
So, pagi2 lagi aku dah call Kelly, Zimah n Ina utk remind diaorg supaya datang awal sket. Bukannya apa, hubby memang jenis yang suka siap awal2, cuma aku je yang selalu buat keje last minute...hehehe... Kebetulan plak aku ada order kek ari tu, bisinglah hubby sebab dah tau nak buat makan2 tapi sanggup amik order lagi walhal ari tu cuma delivery je, keknya aku dah siapkan malam tu. Tapi dalam tergesa2 aku gi deliver kek tu, berlaku insiden lah plak. Kek tu bergerak dari papannya so comotlah sikit belah tepinya. Risau gak aku, tapi nasi baik customer tu ok. Hopefully dia ikhlas lah...
Ok, menu kitaorg ialah ayam, daging, sotong, ikan, bihun goreng, baked beans, air asam, coleslaw, carrot cake n specialty hubby - fruit punch. Memang puas hati sangat makan malam tu. Kenyang sangat! Seperti biasalah, tukang perap bahan2 mentah adik lelakiku - Is. Yang lain tu kitaorg gotong-royong menyiapkannya. Nasib baik gak Is ada jemput beberapa orang kawannya so ada lah tukang bakarnya...hehehe...iyelah, dah bagi makan, kena lah buat keje sikit kan?!
Malam tu kawan2ku - Kelly, Zimah, Ina, Sue n Haza tido umah. Layan movie n borak2 smpai pukul 3 pagi. Esok sambung makan lagi yang mana ada lebihan bahan, bakar lagi. Buat kek untuk makan2 lagi. Hhmmm...kesimpulannya memang makan je lah keje kitaorg hujung minggu tu...hihihi...n malam tu layan lagi movie kat "screen" besar umah aku tu. Kali ni tgk citer Duhai Si Pari2. Lawak gak citer ni rupanya. Pandai betul Que Haidar tu!
Hari Ahad tu barulah masing2 pulang ke rumah itu pun sbb hari Isnin tu keje kot. Klu x ntah2 ktorg smbung lg...hihihi...nasib baiklah hubby sibuk sabtu tu n dia bagi chance untuk spend time ngan kawan2. Thank you Sayang! Sporting habis! Luv u!