Thursday, October 28, 2010

Tuanku's 80th Birthday

Salam. Semenjak dua menjak FK sgtlah sibuk berulang-alik ke kampung kerana menguruskan urusan persediaan untuk berpindah ke sana. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Selain itu juga, 24 Oktober merupakan hari keputeraan KDYMM Sultan Pahang. So, secara x langsung FK n hubby pun memenuhi undangan majlis sempena hari keputeraan tersebut.

Untuk majlis penganugerahan pingat tahun ini, seniwati Rosnani Jamil menerima pingat DIMP yang membawa gelaran Dato' dari Tuanku. Selain itu, Sofea Jane juga bergelar Datin setelah suaminya, Meor Zain Azman mendapat pingat yang sama. Beberapa kelibat artis yang kelihatan pada majlis itu termasuklah Wafa Abdul Kadir, Sheila Majid dan suami, Dato' Mustapha Maarof - menerima pingat DSAP, Hasbullah Awang - DIMP dan Dato' Siti Nurhaliza serta suami.

Untuk majlis di sebelah malam pula, FK tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama beberapa artis yang hadir. Tapi yang paling FK seronok kerana dapat bergambar dengan Dato' Siti Nurhaliza. Sudah lama hasrat tersimpan di hati...baru kali ini dapat. Cuma kalau boleh lain kali nak berborak lak dengan dia...hehehe. Ini adalah antara gambar2 yang FK ambil...





Wednesday, October 6, 2010

Sambutan Hari Raya @ Seri Menanti

Salam. pejam celik, bulan syawal pun dah hampir ke penghujungnya. Minggu ni merupakan minggu terakhir kepada sesiapa yang nak mengadakan rumah terbuka. Tahun ni memang FK tak bercadang pun nak buat rumah terbuka sebab nak berehat n teringin nak merasa pergi ke rumah orang lak...hehehe...

Pada minggu lepas, DYMM Tunku Ampuan Besar N9 telah menjemput ahli2 Persatuan MAM (persatuan keluarga) untuk sambutan hari raya yang diadakan di Seri Menanti. Baginda merupakan sepupu kepada ayah FK n tahun ini merupakan tahun pertama baginda mengadakan majlis seumpama ini sejak ditabalkan pada awal tahun ini hari tu. So, dengan berbesar hati kami menerima jemputan tersebut. Bukan senang nak masuk ke Istana Seri Menanti, sebelum ni biasanya kami berhari raya di Istana Abu Bakar n Istana Abdulaziz sahaja.

Kehadiran ahli pada hari itu pun cukup memberansangkan. Seramai lebih dari 200 orang ahli yang hadir. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya dan semua orang amat berpuas hati dan seronok. Ayah FK selaku setiausaha kerja juga dapat menarik nafas lega setelah semuanya selesai. Berbakul juga lah ucapan tahniah diterima...hehehe...

Semasa majlis itu juga, berbagai acara dilakukan termasuklah pertandingan karaoke. Hubby FK jadi champion! Dia memang pandai atur strategi, menyanyi lagu Ito - Apo Nak Dikato? for sure lah menang. Tuanku siap titah, "siapa yang berani menyanyi lagu tu kat sini? But...very well done!" n masa hubby bersalam nak balik siap Tuanku titah lagi, "Kamal kan?"...apa lagi, hubby FK memang senyum meleret je lah...hihihi... Hubby FK memang orang Minang, so nyanyi lagu tu memang kacang je lah... ;)

Apa2 pun kami semua amat terharu n berbesar hati menerima layanan VIP dari DYMM Yang Di-Pertuan Besar n DYMM Tunku Ampuan Besar N9 pada hari itu. Semua yang hadir berasa amat dialu-alukan dan layanan baginda berdua serta anakanda Tunku Zain memang nampak sangat ikhlas. Merekalah antara contoh Raja berjiwa rakyat. Semoga Tuanku sentiasa dirahmati Allah swt. Daulat Tuanku!

Kat bawah ni ada lah sedikit gambar yang boleh dikongsi. Selebihnya terpaksa disimpan untuk kenangan... :)

Seriously tak dapat cam pun siapa dlm gambar ni sebab kecil sgt tp nk menunjukkan ramainya bilangan yang hadir pada hari tu...


Ini cuma sebahagian dari keluarga TOKIS yang hadir






Hubby menyanyi siap ada back up singers lagi... ;)


Hubby amik hadiah


Senyuman seorang juara...chewah! ;p