Thursday, July 29, 2010

Ke Mana Hilangnya Kesopanan Orang Melayu?

Salam. Alhamdulillah hari ini sempurna satu hari lagi FK berpuasa. Tadi sempat juga pergi beli kain n tempah baju untuk raya. Warna merah! Nasib baik gak tailor tu sanggup nak siapkan minggu depan. Cadangnya nak suruh dia siapkan satu je dulu sbb nk gi kenduri sepupu tetapi dia sanggup siapkan ketiga2 pasang, oklah kan?!

Balik ke rumah selepas berbuka hubby ajak singgah beli barang makan untuk kudapan sambil menonton tv. Kebetulan bersebelahan dengan kedai runcit tu ada stokis Cosway. Teringatlah kat almond oats cookies. Stokis tu pakai sistem "bell" maknanya kalau nak masuk baru dia bukakan pintu. Tapi kebetulan staf kat dalam tu sangat sibuk nak melayan customer yang memang ramai di dalam kedai tu. Dua tiga kali FK tekan bell tu tapi staf kat dalam masih x perasan. Tapi yang FK bengangnya, dalam ramai2 orang kat dalam tu, sorg pun yg xde nak tolong bukakan pintu or beritahu kat staf stokis tu. Yang berdiri kat pintu sebelah dalam tu ramai. Ada yang tgh menunggu isteri, menunggu mak, menunggu kawan n ada yang menunggu turn nak bayar. Berdirilah FK ni kat luar umpama peminta sedekah yang selalu berdiri kat pintu cermin fast food tu. Diaorg blh pandang bodoh je kat FK ni. Geram betul!

Ke manalah hilangnya adab kesopanan orang melayu ni? FK x taulah org lain, tp FK ni memang jenis ringan mulut n tangan kalau nmpk org dlm keadaan mcm tu. Contohnya kalau beratur kat atm ke, andainya mesin sebelah tu rosak n ada org nk guna, cpt2 FK bgtau yg mesin tu rosak. Sbb kesian kalau tgk org terkial2 walhal kt mmg dh tau mesin tu x blh pakai. Tp ada juga org yg lg kurang sopan, bila kt tlg bgtau, dia buat muka lak. Mcm kt ni salah ckp. Ntah apa2 manusia ni. Tp bila PM kt sibuk2 melaungkan gagasan 1 Malaysia, mmg berlainan bangsa bersatu, cuma bangsa Melayu ni yg kurang sopan lak antara satu sama lain. Masing2 sibuk merasakan diri mereka macam bagus. Nak2 mereka yg berkedudukan tinggi n lebih sikit dr org lain. Mulalah hilang kemelayuannya. Apa nk jadi lah?!

Dahlah, buang masa je nak menulis panjang2 pasal org yg kurang ajar ni. Cuma kekadang tu rasa menyampah sgt dgn perangai org yg sebegini. Oklah, nk bersihkan diri kejap... ;)
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, July 27, 2010

Movie : Inception


Semalam my BFF, Kelly datang rumah untuk mengambil barangnya kat rumah FK ni. Memandangkan dia cuti n FK pun takde apa nak buat kat rumah maka kitaorang decide untuk tengok movie. Kebetulan pula memang FK pun teringin nak tengok movie tu, so bila dia suggest nak gi tengok FK ok je lah.

Movie yang kami pilih ialah Inception. Kelly cakap review dalam The Star membuatkan dia betul2 nak tengok movie ni. And this movie was rated as 5 stars. Memang dasyat lah kan?! Tapi bak kata review dalam The Star, lesser you know is better, so I won't say anything... ;)
Kat sini FK ambil sedikit keratan review dari rogererbert.com:
The story can either be told in a few sentences, or not told at all. Here is a movie immune to spoilers: If you knew how it ended, that would tell you nothing unless you knew how it got there. And telling you how it got there would produce bafflement. The movie is all about process, about fighting our way through enveloping sheets of reality and dream, reality within dreams, dreams without reality. It's a breathtaking juggling act...

So, bagi mereka yang masih tercari2 apa movie yang nak ditonton minggu ni....sila2kanlah... ;)

Monday, July 26, 2010

Movie Date : Sorcerer's Apprentice


Malam minggu yang lepas FK keluar ke KL dengan hubby. Pergi makan western kat Bangsar. Selepas makan cadangnya nak berjumpa ngan daddy FK tapi tak jadi lah pula sebab dia ada hal nak berjumpadengan orang maka hubby nak bawa FK pusing2 area Bukit Bintang. Jalan sesaklah pula. Malas nak berasak dengan kenderaan yang banyak tu hubby ajak pergi menonton wayang. So, FK ajak ke Alamanda Putrajaya. Nanti nak balik takdelah jauh sangat.

Sampai sana lebih kurang pukul 9.30 malam n seperti biasa kalau malam minggu di mana2 pun memang ramai orang. Beraturlah untuk bei tiket, cerita2 baru memang dah sold out tapi minah yang jual tiket kat kaunter tu cakap pukul 10 baru diaorang akan buka yang mana seats untuk reservation. So, FK n hubby tunggulah kat tepi n nasib baik dapatlah tengok citer ni untuk show 10.30 pm.

Jalan ceritanya ok, ringan tak terlalu berat. Nak kata best sangat pun x juga, boring pun x juga. Lawak pun ada. Kiranya sederhana lah. Apa2 pun FK enjoy dapat spend masa dengan hubby tercinta... :)

Doa Seorang Isteri

Hari ni malam nisfu syaaban. Kiranya esok kita akan memulakan buku amalan yang baru. Sekejap masa berlalu, semoga segala amalanku diterima Allah swt dan semoga FK juga dapat menyempurnakan amalan2 yang dituntut untuk tahun2 yang akan datang ni...insya-Allah...ameen. Semasa blog walking hari ni, terserempak dengan post dari kawan FK, Salwa Hamzah. Tersentuh juga membaca doa ini. Maka, marilah kita sama2 menghayatinya...

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya...


Saturday, July 24, 2010

Breakfast

Salam. Sudah 2-3 hari ni asyik teringin nak makan cheese cake. Nak pergi beli malas sangat rasanya. Akhirnya malam tadi buka fridge nampak bahan2 semua ada maka bermulalah operasi. Pagi2 ni aku mulanya cuma nak bawa cheese cake tu keluar dari loyang, alih2 aku ambil sepotong n makan. Maka pagi ni aku breakfast ngan cheese cake?! ;)
Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, July 23, 2010

p.s. I love you...


Hari ni tgk movie p.s.I love you ntah untuk kali ke berapa. Novel pun dah baca berkali2 tp still I can't help myself from wet my eyes. Tp kalau ikutkan baca novel lagi feeling sbb setiap baris ayat tu diselami n betul2 menjiwai watak Holly tu...hehehe... Mmg sukar utk menerima kenyataan org yg kt sayang dh pergi meninggalkan kt n xkan kembali lagi. Nak melepaskan segala kenangan bersama, pahit manis amatlah sukar. Apatah lagi bila jangka masa kita bersama pasangan dah lama. Seakan terasa2 je kehadiran pasangan tu di sisi.

FK pun pernah merasakan kehilangan orang tersayang satu ketika dulu. Tapi bukanlah insan yang bergelar suami, namun kami telah merancang untuk hidup bersama. Tinggal beberapa bulan je lagi tarikh pernikahan kami, dia terlebih dahulu pergi meninggalkan kami yang menyayanginya. Pemergiannya juga amatlah pantas, tidak diduga. Tapi Allah swt lebih menyayanginya. Ianya mengambil masa juga untuk FK dapat menghadapi hari2 yang mendatang tanpa dia disisi. Terasa sangat kehilangan seorang yang rapat dengan kita, teman baik kita. Seringkali FK tersedar di malam hari dan dunia terasa seakan2 sunyi dan seperti tiada siapa yang ada untuk menemani. Itulah saat yang paling sayu. Apa2 pun, apa yang berlaku itu adalah hikmah cuma cepat atau lambat untuk kita menyedarinya.

Tanpa kehilangan itu tidak mungkin FK bertemu dengan suami yang dicintai. Kehadirannya membawa kembali warna2 pelangi di dalam hidup FK. Kasih sayang dan kebahagiaan kami tidak dapat diungkap dengan kata2 betapa bersyukurnya FK kepada Allah swt. Tidak pernah sedetik pun terlintas kekesalan di hati ini kerana mengenali dan mencintai dia. Tak dapat dibayangkan hidup ini tanpa dirinya di sisi.

Berbalik kepada movie tadi, FK terkenang seandainya ia terjadi kepada FK memang x dapat dibayangkan betapa sengsaranya rasa di hati. Tak sanggup nak melaluinya lagi. Sedangkan seseorang yang belum bergelar suami tinggalkan kita pun dah sedih. Inikan pula tempat berkongsi, mengadu, bergaduh dan bergembira bersama. Pasti terasa hati ini dirobek dan disiat2.

So, moralnya di sini ialah, hargailah orang di sekeliling anda. Janganlah malu untuk berkongsi perasaan. Luahkan rasa sayang itu. Biarlah mereka tahu bahawa mereka disayangi. Akhir kata, to my hubby...
p.s.I luv u... :)

Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, July 19, 2010

Balik Kampung Jalan2

Weekend baru ni FK balik kampung lagi. Tetiba je hubby ckp nk blk sbb serabut kepala katanya. Ini blk ke kg FK ye, hubby xde kg dh...hihihi... Balik kali ni mmg betul2 nk lepaskan segala gian makan. Sampai je Pekan malam tu terus singgah kedai simpang empat depan umah makan nasi lemak. Pergh! Puas betul rasa tekak sbb dpt nasi lemak sedap n dapat makan nasi yang telah berminggu tak disentuh. Kalau ikutkan tekak rasa nak tambah je tapi nasib baik imanku kuat jugak malam tu...hehehe...

Esok pagi bangun hubby ajak gi makan nasi minyak tempta favourite dia. Nasib baik makcik tu buka kedai n kali ni rasanya pun back to normal coz last time FK beli rasanya kurang. Dok kat kg ni makan nasi minyak 2 pinggan lauk ayam masak merah, ayam kurma, daging kicap n acar bersama 2 gelas nescafe baru RM8. Kat KL mana nk cari cam tu?! Lauk plak amik bkn sikit, ayam smpai 2-3 ketul. Itulah satunya seronok dok kat kg ni.

Lepas makan hubby ajk jln2 tepi pantai. So FK bawa dia jalan ke nenasi utk lalu tepi pantai. Langsung terus masuk ke pasar basah n persatuan nelayan, jeti tempat naik ikan. Skrg ni musim ketam yang sepit biru tu...mmg geram sungguh tgk tp x beli coz kat umah dh ada 3 ekor ikan siakap n udang yg blom dimasak. Klu dibeli lg, mau penuh freezer kecik mak FK tu. Lama gak dok kat situ coz hubby mmg suka tgk aktiviti mcm tu. Dia kalau blh nk ikut nelayan turun ke laut klu ada peluang. Apa2 pun FK cuma amik gambar je lah...

Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, July 4, 2010

Mini Reunion DBS 99-02 UiTM Melaka (Class B)

Salam. Minggu ni FK outing lagi. Kali ini ke Janda Baik kerana menghadiri mini reunion dengan budak2 kelas masa kat UiTM Melaka. Sepatutnya ramai lagi yang hadir tapi last minute ramai yang back off. Anyway, yang hadir ni pun sumer yang "happening" n memang best!
Rasanya lepas grad dari Melaka, ramai yang FK dah tak bertemu. Ada yang sama2 sambung belajar ke shah alam tapi masing2 dah sibuk dengan commitment lain especially FK yang berkahwin selepas semester pertama. So, nak lepak sama2 tu dah terhad lah masanya.
Seronok sungguh rasanya bila dapat berborak n mengimbau kembali kenangan semasa sama2 belajar. Masa tu kitaorang rasa rapat sebab semua tinggal di asrama di dalam kompoun UiTM, so selalu lah berjumpa. Ke kelas sama2, makan sama2 n kadangkala tu ada yang outing sama2. Ada yang berkahwin FK sempat menghadirinya, ada juga yang tidak. Tahu2 dah beranak pinak diorang ni. Semoga selepas ni ada lagi aktiviti seumpama ini dan harap2 ikatan ini akan terus berkekalan...insya-Allah...
Ini adalah diantara gambar2 yang diambil...selebihnya FK kongsi dalam FB je lah... ;)