Friday, June 12, 2009

Copyright + Plagiarism

Salam. Seperti yang sedia maklum sekarang aku tengah giler membuat dan menghias kek. Setiap hari kebanyakkan masa aku di depan komputer melawat blog2 atau website mengenai hobi baru ku ini. Aku begitu kagum dengan hasil kerja mereka ini. Kadang2 tu aku tak sangka hasil kerja mereka ini mengalahkan pro. Namun begitu ada yang sangat sensitif dengan design2 yang dihasilkan. Iyelah, aku pun faham bila kita menghasilkan sesuatu tetapi dirampas oleh orang lain plak dan yang lagi sakitnya hati bila orang tu plak yang dapat nama. Seperti perumpamaan "lembu punya susu, sapi dapat nama".
Mereka ini memberi amaran yang keras supaya hasil kerja mereka tidak ditiru. Aku pun mengakui kekadang tu terikut2 juga dengan hasil kerja orang lain, iyalah kita masih baru di dalam bidang ini dan masih belajar. Tetapi aku ingin meminta maaf sekiranya perbuatan aku itu membuatkan beberapa keping hati disakiti. Namun tak boleh disalahkan juga, apabila kita dah pamerkan hasil kerja di halaman cyber ini maka kita seharusnya bersedia dengan risiko berlakunya "plagiarism".
Dalam banyak2 blog yang aku lawati tu, aku begitu hormati dengan pendapat Kak Jun yang mengatakan bahawa dia menghalalkan penggunaan design2 di blog nya sebab baginya semua ilham yang diperolehi adalah dari Allah SWT. Selain itu senior2 yang awal terlebih dahulu mencipta kebanyakkan design yang diguna pakai sekarang. Jadi bagaimana kita boleh mengiktirafkan sesuatu design itu adalah hak milik mutlak. Lagipun tidak salah sekiranya ilmu yang ada dikongsi kerana ianya akan bertambah berkat.
Apa pun aku ingin meminta maaf sekali lagi sekiranya ada design yang telah aku guna pakai tanpa meminta kebenaran dari tuan rumah. Minta halal ye...terima kasih....

2 comments:

.:anna:. said...

hello farah =D suka tajuk ni. same here with me, i dun mind at all org nk pakai design i. nak bitau pun tak pe, tak mo bitau punnn tak pe. cuma i tak bleh terima if org pakai design i untuk ajar dalam kelas derang tanpa bitau i @ amik gambar i letak kat blgo derang. sbb tu if u perasan, i tak de tulis "tak bley tiru design i" =P sebab masing2 punay style masing2 dalam end product. walau kita cuba tiru cemana pun, kita tak kan dapat sama mcm yg org kita nak tiru. therefore, i mmg tak kisah org nk copy =) u are most welcome if u nak pakai my designs ya *prasan jap ada yg nak ikut design i =P

Farah Kamal said...

Tqvm Anna. Yes, I faham apa yg u maksudkan. I pun budak baru belajar so memang slalu terikut2 dengan design otai2 ni... :). Anyway thanks again for the "licence" to use ur design n I really appreciate it.
But I really really like ur work...