Wednesday, June 3, 2009

Panggilan Pulau (3)

Salam. Ini merupakan final entry untuk Panggilan Pulau 2009. Sebenarnya banyak lagi gambar2 tapi xkan lah aku nak upload semua ye tak?!
Mula2 aku nak tunjuk gambar ikan kat jeti kampung perhentian kecil. Banyak sangat kan?! Air plak warna biru, nampak clear sangat...

Ini aku nak tunjuk gambar yatch kat belakang tu n air laut yang jernih tu...




Gambar yang aku bulatkan tu sebenarnya ikan pari. Ya, nampak dari atas...penyu pun ada nmpak tapi x sempatlah nak amik gambar...

Ini dinner terakhir ktorg kat sana - BBQ. Ktorglah yang terawal menunggu kat meja untuk dinner start (biasalah, tgk badan lah..hehehe...)



Suami aku pun sibuk nak membakar gak...eksen je lebih...

Apa2 pun memang tak puas kalau nak menghabiskan masa kat pulau ni. Oh ya, ari tu aku cakap laut cantik x bergelora kan?! Hari yang aku balik tu semalaman hujan. So, on the way balik ke jeti kuala besut tu memang thrill sangat. Mulanya bot yang yang ktorg naik tu siap nak patah balik tapi at last teruskan juga. Air laut bukan sahaja percik, tapi betul2 menyiram kitaorg yg dalam bot ni. Basah satu badan. Nasib baik aku memang dah standby x pakai baju cantik2. Kalau x...
Alhamdulillah semuanya ok. Tapi kalau nak diikutkan tahun lepas lagi dasyat sebab terpaksa naik bot kayu. Bot ni biasanya guna time musim monsun je sebab laut gelombang besar (kiranya bot kecemasan lah). Time tu, air laut dan langit sama2 gelap dan gelombang yang datang semuanya tinggi2. Namun, insya-Allah aku x serik untuk ke pulau lagi...

No comments: