Sunday, May 10, 2009

Thanks Ayeen!

Salam. Seronok aku 2 hari ni sebab dapat menyibukkan diri di dapur membuat kek. Bukannya apa, selalu bila tibanya hari minggu aku buntu memikirkan apa aktiviti yang ingin dilakukan. Nak keluar selalunya malas sebab orang ramai. Aku tak suka berasak2 di tempat yang ramai orang. Lagipun, tak tau nak ke mana. Suamiku biasalah, hari minggu untuk aktiviti golfnya. Tinggallah aku di rumah macam kucing hilang anak, tak reti nak duduk diam. Kalau dulu masa belajar seronok je boleh bangun tinggi hari n tidur seharian. Sekarang, teringat plak baju nak dibasuh, rumah nak dikemas, lantai nak disapu dan macam2 lagilah senarai kerja yang panjang.
Berbalik kepada aktiviti aku di hujung minggu yang baru ini, aku menyiapkan salah satu tempahan datangnya dari kawan lama ku yang sama2 belajar di UKM. Aku baru dapat berjumpa balik dengan dia ni beberapa bulan yang lepas tetapi itu pun hanya di alam cyber, bukannya bertentang mata. Nak dijadikan cerita, setelah aku "mengiklankan" diri untuk menerima tempahan kek maka dia pun cubalah untuk merasa air tangan aku ni... Dia order Carrot Walnut Cake, tak tau lah kena ngan selera dia ke x. Anyway, thanks Ayeen! So, masa dia amik kek ni dapatlah berjumpa tetapi sekejap je sebab aku pun ada beberapa urusan lagi yang nak diselesaikan. Rasanya macam dulu gak dia, tak berubah cuma makin cun je lah...hihihi...
Harap2 lepas ni, dapatlah kita terus menjalinkan persahabatan yang lama dulu. Aku pun tak sangka sebenarnya dia masih ingat kat aku. Bukannya apa, aku ni memang jenis yang kurang bercampur dengan orang lain sejak dari sekolah lagi. Ini tak bermaksud aku sombong, cuma aku lebih selesa bergerak secara solo. Yang aku tahu, pergi dan balik sekolah. Aktiviti petang pun aku jarang join. Begitu juga masa di universiti, tidak kiralah UKM or UiTM sama je. Aku cuma tau pergi kelas dan balik. Kalau berkawan pun dengan housemate aku je. Nak lepak keluar minum ke, memang bukan jenis aku. Cuma sesekali ada jugalah keluar untuk menonton wayang or shopping.
Namun, memang aku ingat beberapa budak UKM yang sama belajar dengan aku dulu, tapi yang selalu bertegur sapa je lah. Kalau orang tak kenal mesti ingat aku sombong tapi kalau dah kenal mesti tak larat nak layan aku bercakap...hihihi... Jadi, aku pelik jugalah bila ada beberapa orang yang memberi komen negatif pasal aku kan, sebab orang itu pun aku tak kenal, macam mana dia boleh nak kata aku plak! Macam budak2! Kadang2 manusia ni lucu. Belajar je tinggi, tapi fikiran/perangai macam budak tak habis sekolah.
Apa2 pun, manusia punya hak untuk menyuarakan pendapat. Tetapi tolonglah, bukalah minda dan cubalah untuk mengenali seseorang itu dulu sebelum anda terus2 mengutuk orang itu...(u know who u are!). Akhir kata, aku pun ingin memohon maaf sekiranya tulisan aku ini membuat ada yang terasa. Aku cuma ingin meluahkan rasa di hati. Bukannya apa, ruangan cyber ini luas dan boleh dikatakan seluruh dunia boleh membaca apa yang ditulis. Jadi, apakah perasaan anda apabila anda secara terang-terangan dikutuk, dikata dan diumpat di ruangan cyber ni. Siap tulis nama penuh lagi...
Sekian, terima kasih...

2 comments:

cikayin said...

uikk..nama aku tu....

Farah Kamal said...

mmg lah nama ko, dah sah2 lah ko kwn aku yg order kek tu :p