Friday, May 15, 2009

Jual Tudung Ekin


Salam. Sekarang di pasaran antara tudung yang tengah "meletups" ialah tudung Ekin. Aku pun tak terkecuali daripada salah seorang kaum hawa yang gila membeli tudung ni. Aku pernah juga mencuba sebelum ni tapi aku rasa macam tak berapa sesuai dengan muka aku yang bulat ni. Tetapi, baru2 ini selepas aku mencuba tudung yang aku beli dari salah satu butik terkenal tu, maka aku jatuh cinta plak dengan tudung ni.
Bukannya apa, cara pemakaiannya sangat senang - cuma sarung je. Tak payah nak berpin2 sana sini. Aku ni dah lah simple orangnya (chewah!!) tak suka nak banyak2 sgt brooch. Maka aku intailah beberapa peniaga lain yang mengeluarkan tudung ala2 mcm ni. Dengan tidak semena2 aku pun berminat nak berniaga tudung ni (giler berniaga je aku ni!). Tapi bukanlah aku jahit sendiri, kalau semuanya aku, mau terkangkang kepenatan, semua nak buat sendiri. Aku cuma cari kain je, tailor aku buat the rest.
So, aku cubalah beli kain murah dulu n minta tailor aku jahitkan ikut template original tudung butik tu. Maka inilah terhasilnya tudung tersebut. Oklah kan?!

No comments: