Saturday, April 18, 2009

Jangan Tegur

Gambar ni gelap sket...

Yang ini terang sgtlah plak

Muka orang sakitlah konon..

Muka org sebelah tu muka orang kena kurung 1 bulan dlm kem..hehehe..


Salam. Tengahari tadi Ain call cakap dia dapat MC 3 hari kerana pinggang dia bengkak kemungkinan salah tidur. Aku pun apa lagi bergegaslah ke PD untuk mengambilnya. Bukannya apa, oleh kerana sakitnya tak serius boleh jugaklah dia menemankan aku kat umah ni. Kebetulan memang aku berseorangan 2-3 hari ni.
Sampai rumah, mandi dan terus keluar balik untuk pergi menonton filem Jangan Tegur. Ceritanya oklah tapi better Jangan Pandang Belakang (pendapatku). Jalan cerita tidak kuat dan lakonan Julia Ziegler masih kaku. Namun begitu watak ketika dia dirasuk tu memang tak dapat dinafikan kehebatannya. Yang peliknya ketika itu tak nampaklah pula kakunya dia.
Selesai filem tu, singgahlah aku n Ain kat tepi pool KLCC tu. Saje nak mengambil angin dan sebab dah lama tak duduk kat situ. Maka sempatlah aku berposing dalam gambar 1-2 keping.

No comments: