Thursday, April 16, 2009

Good Luck Love

Salam. Ari ni suami aku pergi tournament golf kat Langkawi - Langkawi Open 2009. Ini merupakan acara tahunan dia. Seperti biasa aku kena tinggal kerana ini ialah masanya untuk menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Tetapi kali ini aku tinggal bersendirian dirumah kerana mak aku masih di Qatar dan Ain mengikuti PLKN di Port Dickson.
Aku takdelah kisah sangat tinggal bersendirian ni kerana aku memang sukakan suasana yang tenang dan sepi sesekali. Namun aku agak risau kerana memandangkan keadaan BP aku yang semakin parah sekarang ni. Ya Allah, minta-mintalah aku sihat selalu hendaknya.
Apa aktiviti yang ingn aku lakukan sepanjang 4 hari 3 malam ni? Ewah, macam percutian plak ye. Ingatkan nak buat kek, maklumlah dah banyak resepi baru yang dapat tapi susah jugak sebab dah jadi keliru nak pilih yang mana satu...herm....
Apa-apa pun, esok aku akan tentukan......

No comments: