Saturday, April 18, 2009

Cuppies

Ini design masa gi menuntut ilmu

Ini masa birthday Sara

Ini design amik dari Tok Guru - lea-oven.blogspot.com

Camne aku blh tersilap? padahal bdk tu umur br 1 tahun...

Ini untuk wedding anak jiran cum sedara aku

Ini untuk cukur jambul anak buah Zimah

Ini untuk wedding officemate Kelly


Salam. Sejak beberapa bulan yang lalu aku telah mempunyai hobi yang baru iaitu baking cake. Kalau sebelum ni aku tiap kali raya cuma buat cookies tapi kali ini tidak lagi. Dulu aku pernah gak nak cuba buat kek tapi selalu je tak menjadi. Tapi sekarang ni, amik je resepi kat mana2 turned out to be ok je.
Anyway, aku tidaklah nak sombong diri maka aku pergilah menuntut ilmu dengan mereka yang mahir ni. First, aku pergi belajar ngan Kak Lea (lea-oven.blogspot.com) cara2 nak menghias cupcakes. Jadi, taulah caranya nak bancuh buttercream yang sedap dan buat fondant. Kemudiannya aku pergi plak belajar ngan Pn. Noraini (resipinoraini.blogspot.com) beberapa resepi kek popular dan cara2 yang betul dalam membancuh kek ni. Ya...cara mesti betul to make sure kek tu 100% jadi.
Tetapi...ilmu yang dituntut tu masih belum mencukupi maka tengoklah, lepas ni mungkin aku akan terus lagi menyertai beberapa kursus ni. Di sini aku letaklah sebahagian dari cupcakes yang pernah aku buat. Bagi kek pula gambar akan menyusul kemudian. Namun, kalau setakat tiramisu, cheesecake, black forest, chocolate moist, etc...tu insya-Allah aku bolah buat dah...
So kawan2....kalau ada yang nak menempah tu jangan segan2 email saya di farah.kamal@yahoo.com ye. Harga boleh dirunding. Tapi ingat, business is business, jadi janganlah plak ada yang request nak free. Boleh....tp tunggu saya buat function kat umah nnti ye!

No comments: