Thursday, July 29, 2010

Ke Mana Hilangnya Kesopanan Orang Melayu?

Salam. Alhamdulillah hari ini sempurna satu hari lagi FK berpuasa. Tadi sempat juga pergi beli kain n tempah baju untuk raya. Warna merah! Nasib baik gak tailor tu sanggup nak siapkan minggu depan. Cadangnya nak suruh dia siapkan satu je dulu sbb nk gi kenduri sepupu tetapi dia sanggup siapkan ketiga2 pasang, oklah kan?!

Balik ke rumah selepas berbuka hubby ajak singgah beli barang makan untuk kudapan sambil menonton tv. Kebetulan bersebelahan dengan kedai runcit tu ada stokis Cosway. Teringatlah kat almond oats cookies. Stokis tu pakai sistem "bell" maknanya kalau nak masuk baru dia bukakan pintu. Tapi kebetulan staf kat dalam tu sangat sibuk nak melayan customer yang memang ramai di dalam kedai tu. Dua tiga kali FK tekan bell tu tapi staf kat dalam masih x perasan. Tapi yang FK bengangnya, dalam ramai2 orang kat dalam tu, sorg pun yg xde nak tolong bukakan pintu or beritahu kat staf stokis tu. Yang berdiri kat pintu sebelah dalam tu ramai. Ada yang tgh menunggu isteri, menunggu mak, menunggu kawan n ada yang menunggu turn nak bayar. Berdirilah FK ni kat luar umpama peminta sedekah yang selalu berdiri kat pintu cermin fast food tu. Diaorg blh pandang bodoh je kat FK ni. Geram betul!

Ke manalah hilangnya adab kesopanan orang melayu ni? FK x taulah org lain, tp FK ni memang jenis ringan mulut n tangan kalau nmpk org dlm keadaan mcm tu. Contohnya kalau beratur kat atm ke, andainya mesin sebelah tu rosak n ada org nk guna, cpt2 FK bgtau yg mesin tu rosak. Sbb kesian kalau tgk org terkial2 walhal kt mmg dh tau mesin tu x blh pakai. Tp ada juga org yg lg kurang sopan, bila kt tlg bgtau, dia buat muka lak. Mcm kt ni salah ckp. Ntah apa2 manusia ni. Tp bila PM kt sibuk2 melaungkan gagasan 1 Malaysia, mmg berlainan bangsa bersatu, cuma bangsa Melayu ni yg kurang sopan lak antara satu sama lain. Masing2 sibuk merasakan diri mereka macam bagus. Nak2 mereka yg berkedudukan tinggi n lebih sikit dr org lain. Mulalah hilang kemelayuannya. Apa nk jadi lah?!

Dahlah, buang masa je nak menulis panjang2 pasal org yg kurang ajar ni. Cuma kekadang tu rasa menyampah sgt dgn perangai org yg sebegini. Oklah, nk bersihkan diri kejap... ;)
Sent via BlackBerry from Maxis

No comments: