Monday, July 26, 2010

Movie Date : Sorcerer's Apprentice


Malam minggu yang lepas FK keluar ke KL dengan hubby. Pergi makan western kat Bangsar. Selepas makan cadangnya nak berjumpa ngan daddy FK tapi tak jadi lah pula sebab dia ada hal nak berjumpadengan orang maka hubby nak bawa FK pusing2 area Bukit Bintang. Jalan sesaklah pula. Malas nak berasak dengan kenderaan yang banyak tu hubby ajak pergi menonton wayang. So, FK ajak ke Alamanda Putrajaya. Nanti nak balik takdelah jauh sangat.

Sampai sana lebih kurang pukul 9.30 malam n seperti biasa kalau malam minggu di mana2 pun memang ramai orang. Beraturlah untuk bei tiket, cerita2 baru memang dah sold out tapi minah yang jual tiket kat kaunter tu cakap pukul 10 baru diaorang akan buka yang mana seats untuk reservation. So, FK n hubby tunggulah kat tepi n nasib baik dapatlah tengok citer ni untuk show 10.30 pm.

Jalan ceritanya ok, ringan tak terlalu berat. Nak kata best sangat pun x juga, boring pun x juga. Lawak pun ada. Kiranya sederhana lah. Apa2 pun FK enjoy dapat spend masa dengan hubby tercinta... :)

No comments: