Monday, July 19, 2010

Balik Kampung Jalan2

Weekend baru ni FK balik kampung lagi. Tetiba je hubby ckp nk blk sbb serabut kepala katanya. Ini blk ke kg FK ye, hubby xde kg dh...hihihi... Balik kali ni mmg betul2 nk lepaskan segala gian makan. Sampai je Pekan malam tu terus singgah kedai simpang empat depan umah makan nasi lemak. Pergh! Puas betul rasa tekak sbb dpt nasi lemak sedap n dapat makan nasi yang telah berminggu tak disentuh. Kalau ikutkan tekak rasa nak tambah je tapi nasib baik imanku kuat jugak malam tu...hehehe...

Esok pagi bangun hubby ajak gi makan nasi minyak tempta favourite dia. Nasib baik makcik tu buka kedai n kali ni rasanya pun back to normal coz last time FK beli rasanya kurang. Dok kat kg ni makan nasi minyak 2 pinggan lauk ayam masak merah, ayam kurma, daging kicap n acar bersama 2 gelas nescafe baru RM8. Kat KL mana nk cari cam tu?! Lauk plak amik bkn sikit, ayam smpai 2-3 ketul. Itulah satunya seronok dok kat kg ni.

Lepas makan hubby ajk jln2 tepi pantai. So FK bawa dia jalan ke nenasi utk lalu tepi pantai. Langsung terus masuk ke pasar basah n persatuan nelayan, jeti tempat naik ikan. Skrg ni musim ketam yang sepit biru tu...mmg geram sungguh tgk tp x beli coz kat umah dh ada 3 ekor ikan siakap n udang yg blom dimasak. Klu dibeli lg, mau penuh freezer kecik mak FK tu. Lama gak dok kat situ coz hubby mmg suka tgk aktiviti mcm tu. Dia kalau blh nk ikut nelayan turun ke laut klu ada peluang. Apa2 pun FK cuma amik gambar je lah...

Sent via BlackBerry from Maxis

1 comment:

Lynda.CG said...

bestnya!! lama la kita tak g Pekan