Monday, August 2, 2010

Luahan Hati Saya

Kadang2 FK pelik dengan manusia ni, teringin nak belajar tetapi tak nak keluarkan kos. FK pun bukanlah pandai tetapi FK keluarkan modal untuk pergi ke kelas belajar baking. Kalau tak pun FK cari resepi kat internet dan cuba. Bukan sekali ye, berkali2 kadang tu baru menjadi. Semua resepi tu pun ada bahan, so kena cari n beli. Jadi, kalau dah nak belajar, resepi n bahan disediakan, apa salahnya kalau dikenakan bayaran yang sepatutnya. Lagi pun, masa yang dikeluarkan untuk mengajar tu perlu diambil kira. Cuma perlu datang ke kelas lenggang kangkung, resepi diberi, bahan disediakan, makan disediakan, tak perlu nak mengemas n boleh bawa balik lagi hasil yang dibuat tu. Itu tak diambil kira kos2 kecil seperti elektrik, air dan sebagainya.
Cubalah berfikir, orang yang mengajar tu pun ada kehidupan. So, kekadang tu terpaksa melepaskan perkara lain bagi memenuhi kehendak pelajar. Tetapi bukanlah merungut, sebab bila dapat mengajar maka ada lah sedikit pendapatan diperolehi. Sama2 memerlukan. Pelajar memerlukan ilmu n pengajar memerlukan pendapatan. Ada ke orang suka2 je buat kuih setiap hari. Kalau ya pun sebab minat, sekiranya ia mendatangkan hasil lagi lah seronok. Kalau nak kata orang tu dah kaya sangat n baking tu sebab minat, naik jelak juga dia kalau dah nak baking sepanjang masa.
FK pun tak pernah terfikir pun nak buat kelas pada mulanya tetapi ada request kononnya nak datang belajar tapi bila sampai masa berdiam seribu bahasa. Kalau resepi tu senang2 je orang nak kalau bagi percuma. Selama ni FK tak pernah berkira kalau orang minta resepi tetapi bila orang komplen kata kelas mahal memang FK sedikit bengang. Kalau ikutkan yuran tu pun bukannya lebih banyak. Cuba baca betul2 modul kelas sebelum mengatakan bahawa kelas tu mahal.
Oklah, FK tak suka seenarnya nak buka luahan hati secara terbuka macam ni cuma hari ni memang sedikit bengang rasanya.

1 comment:

Anonymous said...

nak buat kek sedap mmg lak kos kan K.farah, kan beza makan kek kat secret resepi dgn kedai kek ah bong. tak kanlah x bole nk pkir..tp kita mmg suka mkn je buat x minat & x reti, asik bantat je maleh trus :P