Friday, July 23, 2010

p.s. I love you...


Hari ni tgk movie p.s.I love you ntah untuk kali ke berapa. Novel pun dah baca berkali2 tp still I can't help myself from wet my eyes. Tp kalau ikutkan baca novel lagi feeling sbb setiap baris ayat tu diselami n betul2 menjiwai watak Holly tu...hehehe... Mmg sukar utk menerima kenyataan org yg kt sayang dh pergi meninggalkan kt n xkan kembali lagi. Nak melepaskan segala kenangan bersama, pahit manis amatlah sukar. Apatah lagi bila jangka masa kita bersama pasangan dah lama. Seakan terasa2 je kehadiran pasangan tu di sisi.

FK pun pernah merasakan kehilangan orang tersayang satu ketika dulu. Tapi bukanlah insan yang bergelar suami, namun kami telah merancang untuk hidup bersama. Tinggal beberapa bulan je lagi tarikh pernikahan kami, dia terlebih dahulu pergi meninggalkan kami yang menyayanginya. Pemergiannya juga amatlah pantas, tidak diduga. Tapi Allah swt lebih menyayanginya. Ianya mengambil masa juga untuk FK dapat menghadapi hari2 yang mendatang tanpa dia disisi. Terasa sangat kehilangan seorang yang rapat dengan kita, teman baik kita. Seringkali FK tersedar di malam hari dan dunia terasa seakan2 sunyi dan seperti tiada siapa yang ada untuk menemani. Itulah saat yang paling sayu. Apa2 pun, apa yang berlaku itu adalah hikmah cuma cepat atau lambat untuk kita menyedarinya.

Tanpa kehilangan itu tidak mungkin FK bertemu dengan suami yang dicintai. Kehadirannya membawa kembali warna2 pelangi di dalam hidup FK. Kasih sayang dan kebahagiaan kami tidak dapat diungkap dengan kata2 betapa bersyukurnya FK kepada Allah swt. Tidak pernah sedetik pun terlintas kekesalan di hati ini kerana mengenali dan mencintai dia. Tak dapat dibayangkan hidup ini tanpa dirinya di sisi.

Berbalik kepada movie tadi, FK terkenang seandainya ia terjadi kepada FK memang x dapat dibayangkan betapa sengsaranya rasa di hati. Tak sanggup nak melaluinya lagi. Sedangkan seseorang yang belum bergelar suami tinggalkan kita pun dah sedih. Inikan pula tempat berkongsi, mengadu, bergaduh dan bergembira bersama. Pasti terasa hati ini dirobek dan disiat2.

So, moralnya di sini ialah, hargailah orang di sekeliling anda. Janganlah malu untuk berkongsi perasaan. Luahkan rasa sayang itu. Biarlah mereka tahu bahawa mereka disayangi. Akhir kata, to my hubby...
p.s.I luv u... :)

Sent via BlackBerry from Maxis

2 comments:

Anonymous said...

waaaaaaaaaaaaa jgn ah citer K.Farah kite pun teringat ms arwah pergi. kite pun xtau cmne nk pujuk K.Farah. kite yg dpt panggilan phone pun terketar2 membayangkan keadaan K.Farah..

Farah Kamal said...

bkn apa, bila terkenangkan kehilangan tu kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah swt kurniakan sekarang...anyway thanks so much coz menceriakan hari2 yang kelam kita dulu... :)