Sunday, July 5, 2009

Tony Roma's Ribs...

Salam. Semalam seperti kebiasaan malam2 minggu yang lain aku dan suami bercadang untuk keluar makan dan lepak2 untuk menghabiskan "quality time" kami berdua. Walaupun setiap hari pun sememangnya kami berdua, tetapi biasanya di malam minggu ini lebih kepada sesuatu yang lebih istimewa. Lebih kurang keluar ber"dating" lah. Takkan orang yang bercouple je nak berdating ye tak?!
Dan seperti kebiasaannya juga kami tercari2 di mana tempat yang kami ingin menikmati makan malam. Kadangkala tinggal di Kuala Lumpur ini pun boleh jadi buntu untuk memikirkan ke mana destinasi yang ingin dituju serta tempat yang boleh memenuhi selera kami ini. Almaklumlah kami ni memang gemarkan makanan.
Tempat yang menjadi "favourite spot" kami sekarang ini ialah The curve kerana kemeriahannya. Selain dari flea market, di situ juga mewah dengan restoran2 dan cafe2 yang sesuai untuk menjamu selera dan lepak2. Maka sampailah kami ke Tony Roma's. Sebelum ini memang selalu aku mendengar nama restoran ini namun belum pernah mencubanya. So malam tadi dapatlah merasa apa yang sibuk diperkatakan sebelum ini.
Memang tak dapat dinafikan Tony Roma's Ribs memang sedap! Dagingnya diperap dengan sempurna dan juicy. Tidak seperti biasanya daging akan berasa sedikit kering apabila di-gril. Selain dari itu aku juga order Shrimp Pasta yang mana ianya juga tidak mengecewakan. Kiranya kena lah dengan tekak kami berdua ni.
Aku dan suami sebenarnya jenis orang yang tidak berkira pasal makanan yang mana aku dari kecil pun diasuh seperti itu. Asalkan rasanya memang sedap, berapa banyak duit yang harus dibelanjakan pun tak kisah. So kiranya bertambah lagi lah senarai restoran2 yang kami akan kunjungi untuk menjamu selera.


p/s: kualiti gambar kurang memuaskan kerana hanya pakai phone camera dan suasana di situ agak gelap.


Selepas itu pula, kami lepak di Winter Warmers untuk pekena Caramel Tea Latte dan Iced Lime Mint Tea sambil mendengar dendangan lagu2 yang merdu dan menceriakan hari kami...

No comments: