Thursday, July 9, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Salam. Hari ini aku mengemaskini gambar2 di dalam pc aku ni, maka terjumpalah gambar2 yg diambil ketika kami bercuti. Nasib baik gambar2 ini dapat diselamatkan kerana laptop aku yang sebelum ini meletup dan terpaksa menukar motherboard-nya. Nasib baik masih ada warranty so xdelah aku kena keluarkan belanja yang besar. Laptop yang aku pakai sekarang merupakan laptop ke-3 aku yang mana laptop pertama aku dah corrupted (murah punya) yang aku beli semasa masih belajar. Itulah yang aku gunakan untuk menyiapkan assignment2 dan menyiapkan tesis degree aku. Yang ke-2, selepas ganti motherboard tu, aku bg manager aku pakai - letak under office equipment. Yang ke-3 ni aku harap lama lah jangka hayatnya...
Berbalik kepada gambar2 ketika kami bercuti tu... Selama aku membesar, kami memang jarang pergi bercuti kemana2. Tapi tidak bermakna kami tidak berjalan cuma ayah aku lebih gemar menghabiskan cuti sekolah kami di bandar Kuala Lumpur ini kerana semua kesukaan dia ada di sini. Jadi, aku memang selalu berdoa agar dapat suami yang suka melancong/berjalan/bercuti. Alhamdulillah, memandangkan aku pun kahwin awal, tak sempat outing bersama kawan2 bujang tetapi dapat suami yang mempunyai minat yang sama denganku.
Gambar2 yang di upload ni bermula dari zaman kamera digital coz zaman pakai filem tu tak dpatlah kan?! Takkan nak scan satu2, jenuh lah plak.

1) Langkawi - Ini merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki ke pulau lagenda ini. Ketika ini suamiku betul2 membawaku melawat sekitar Langkawi. Aku pula memang tidak membeli langsung yang mana suamiku pun hairan kerana biasanya perempuan memang ke Langkawi ni untuk shopping. Walau pun di-offer berkali2 aku tetap dengan keputusan untuk tidak membeli apa2 kerana bagiku aku ingin bercuti! (lagipun memang aku tak pandai nak mencari souvenir kat org).






2) Pulau Pinang - Aku dah beberapa kali ke Penang, cuma kali ini aku membawa emakku dan anak2 bersama. Ini merupakan kali kedua mak aku ke Penang. Pertama kali semasa dia mengandungkan aku (just imagine dh brp lama - more than 20 yrs). Maka aku bawalah mak aku skali. Kebetulan pergi kali ni pula, adik perempuan suamiku sekeluarga pun turut serta. Memang meriah lah suasana. Penang ni aku paling suka makanannya - Laksa, Pasembur, Char Kway Teow.... Trip kali ini juga aku merasa naik ke Bukit Bendera. Letih giler! Bukannya apa, nak menunggu turn tu mau setengah hari... Lagi satu, suamiku kalau bercuti memang round habis tempat tu. Takde nya nak duduk kat hotel je, mesti keluar. Hotel tu betul2 untuk mandi dan tidur je.

Makan kat Gurney Drive


Dalam Taman Rama2. Anak perempuan aku memang takut nak masuk sini, kalau binatang besar dia berani plak...


Ini sementara nak tunggu turn nk naik Bukit Bendera


Ini gambar beberapa tahun lepas, sekarang budak2 ni dh pandai melawa...



3) Pangkor - Trip kali ini semata2 menemankan suamiku pergi main golf. Kiranya family outing lah skali ramai2 sumer bawa family tetapi aku rasa macam isolated plak sebab kawan2 suamiku semuanya kebanyakkan dh berumur...wife2 diaorg baya2 mak aku..hihihi...so sumbang je aku rasa...


Ini sesi berkaraoke masa dinner malam terakhir - "My Way"





4) Redang - Ini merupakan kali pertama aku ke pulau peranginan (Langkawi and Pangkor tidak tergolong dalam pulau peranginan ok?!). Memang syok habis! Pertama kali aku tengok air laut yang begitu jernih! Subbahanallah! Kali pertama juga aku pergi snorkeling. Mula2 panik pastu syok plak. Memang tak puas! Resort ni merupakan tempat shooting filem Hong Kong - Summer Holiday - Laguna Redang Resort.






5) Langkawi (II) - Kali ini aku ke Langkawi membawa parents aku plak. Memandangkan mak aku selalu menyebut nak ke Langkawi, maka aku bawalah... Kami pergi hari raya aidilfitri yang ke-3 tetapi masih ramai je orang yang datang bercuti. Ayah aku pun naik syok gi Langkawi bukannya apa, sebab seronok nak beli barang2 peralatan dapur. Kali ni aku pun memang tujuannya untuk shopping! Balik tu penuh lah satu kereta. Betul2 ruang untuk driver je yang selesa. Aku sampai seminggu sakit pinggang tak habis. (Mak aku nak pergi naik kereta sebab nak tengok suasana sawah padi n nak merasa naik feri).




Suami dan mak aku mempunyai minat yang sama kalau bab2 hidupan bumi ni, so memang suka lah diaorg habiskan masa di Underwater World (katanya Aquaria KL lagi best tp aku x berkesempatan pergi lagi).



6) Kota Kinabalu - Aku paling suka sebab seafood nya murah! Hasil laut memang fresh sgt! Selama 3 malam di sana memang asyik makan seafood je. Aku dan suami memang giler makan seafood. Apa lagi... Pastu dapat naik ke kaki Gunung Kinabalu langsung ke Kundasang. Cantik suasananya. Macam Cameron Highland lah kalau di Semenanjung ni. Hasil tanaman memang banyak. Perkampungannya nampak damai sangat terutema yang di lembah. Umpamanya kalau bangun pagi tu nampak indahnya alam! Yang kelakarnya bila sebut kaki gunung aku bayangkan di tanah rata rupanya perjalanan seumpama ke Cameron or Fraser Hill. Aku ni memang bukan orang bukit. Suamiku bengang je sebab aku asyik tanya "lambat lagi ke nak sampai?"...hihihi...
Kat sini juga kami sempat ber-snorkeling di Pulau Manukan tetapi tak amik gambar sebab bateri dah habis...


Kat belakang tu akuarium untuk pilih seafood (ini restoran yang harganya reasonable and affordable - yang standard 5 star pun ada kat sana tapi ini pun sudah memadai...)

Tengoklah suasana kat belakang tu - cantik....


Kelihatan Gunung Kinabalu



Ini semasa ke wet market - ikan dan sayuran segar...

7) Kijal, Terengganu - Sepatutnya ada gambar2 aku ke Pulau Perhentian untuk kali pertama tetapi sudah terkubur bersama motherboard laptop aku tu. Yang ini pun trip untuk family outing geng2 golf suamiku. Tetapi kali ini aku bawa mak aku, cousin aku - Ain dan Sara. So, xdelah boring sangat masa suamiku golfing tu. Dapatlah aku spend masa ngan diaorang...






So, itulah diantara gambar2 yang di dlam simpanan. Tak laratlah nak upload banyak2 cuma highlight je. Kali terakhir aku bercuti bersama suami ialah bulan Mei yang lepas iaitu ke Pulau Perhentian untuk kali kedua...yang mana gambar2 dh upload bulan lepas....

No comments: