Sunday, July 12, 2009

KL - Bandung - Jakarta - KL

Salam. Actually trip ni dah lama iaitu bulan Syawal tahun lepas tetapi memandangkan sekarang memang ramai orang ke Bandung dan Jakarta maka aku pun teringin untuk berkongsi pengalaman aku.
Aku ke sana hanya berdua dengan adik perempuanku. Ini merupakan percutian berdua kami yang pertama. Totally berdua! Iyelah, sebelum ini kami belajar, masih belum mampu untuk keluar bercuti dan kemudiannya masing2 berkahwin dan dia menetap di Doha, Qatar - just imagine how far she is from me... :( Kadang2 sedih sgt sbb susah nak bercerita dan mengadu dan dia merupakan satu2nya adik perempuanku. Well, back to my main topic.
Ini merupakan plan spontan kami dan alhamdulillah kami diberikan "green light" oleh suami masing2 terutamanya adikku ini yang terpaksa meninggalkan 2 orang anaknya dengan mak kami. We were away for 4 days 3 nights and this is her first time far apart from her children. Anyway this is one of the most memorable vacations. Firstly coz kami jumpa lelaki ini - Anuar Zain! yang mana dia merupakan favourite kami. Sempatlah amik gambar n chit chat sket. Adik aku lah yang berani memulakan langkah pertama sebab dia yang sememangnya perasan dulu siapa lelaki yang berjalan di sebelah kami...hehehe...




Sesampainya kami di sana terus dibawa ke restoran (memang masa tu pun tengah lapar giler!). Dapat makan di restoran minang, apa lagi sental habis lah. Lepas tu tanpa melengahkan masa terus kami memulakan perjalanan ke Tangkuban Parahu dan seterusnya aktiviti utama di Bandung iaitu SHOPPING!





Selepas itu kami makan lagi. Kali ni makanan Sunda plak. Kat sini memang syurga makanan! Sedap2 betul. Rasanya berat bertambah setelah balik dari trip ini.



Habis makan tu baru lah kami checked-in ke hotel. Esoknya pagi2 lagi kami dah ke Pasar Baru untuk sambung kerja kami ; ) Tanpa disedari kami berada di situ sampai petang. Maknanya dari mula orang buka kedai sehinggalah orang tutup kedai. Tak pernah aku mabuk sebegini. Tak cukup cash, credit card pun jalan. Petang itu juga kami bertolak ke Jakarta. Sampai sana makan Minang lagi tapi tak berapa sedap sangat.
Esok paginya kami ke Monnas dan Taman Mini Indonesia. Selepas itu kami dihantar ke Mangga Dua tapi kami memang dah takde mood nak shopping maka terus lah kami memanjakan diri di spa. Murah giler! Kalau aku dok kat sini (dengan income mcm sekarang or lebih) memang tiap2 minggu 3 kali aku ke spa...hehehe...








Esoknya kami pulang semula ke Kuala Lumpur. Letih sangat sebab flight kami delayed. 8 jam tu. Hati dah berdebar2 nak jumpa suami dan anak2. Geram sangat rasanya! Tapi apa2 pun memang seronok sesekali dapat girls outing ni. Entah bilalah dapat lagi memandangkan sekarang ni adik aku tu tengah sarat mengandungkan anak ketiganya. Dan mana tau lepas tu giliran aku plak?! Lambat lagi lah nampaknya...



Inilah supir kami semasa di sana - Hendra

5 comments:

Lynda said...

ces!! dapat jmpa nuar pulak tu yg marah tu .. huhuhu

Farah Kamal said...

hehehe...jgn jealous ya! hensem betul mamat ni...baik plak tu...tdo pun senyum...

luvliestmommy said...

who is anuar zain???? hehehe....seb baik aku tak gemo...so tak yah nak berebut...owhhhh ari wibowo

luvliestmommy said...

Dgn bangganya kau mempromoting air-asia. Mas Hendra pun ok gak apa Alah.

Farah Kamal said...

Itulah...patut aku blh dpt komisyen dr Air Asia sbb tlg promote...