Thursday, June 17, 2010

Lagenda Budak Setan


Baru-baru ni aku pergi menonton filem Lagenda Budak Setan. Rasanya memang dah lama sungguh menantikan tanyangannya. So, bila kata keluar je cerita ni kat wayang, teruslah aku pergi menontonnya. Seorang diri. Mulanya janji ngan Zimah, Kelly n Ina tapi tiba2 Zimah ada hal lak so dia minta postponed plan tu. Mana tahan!!!...hehehe...sorry Zimah!
Bagi mereka yang pernah baca novel karya Ahadiat Akashah ni mesti dah tau sangat macam mana jalan ceritanya. Aku pun sebenarnya dah ingat2 lupa dah jalan ceritanya. Tapi yang aku tau, kisah cinta Ayu n Kasyah ni memang banyak sangat rinatangannya sehinggalah akhirnya Ayu meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka. Memang dasyatnya sedih cerita ni. So, bagi yang pernah baca seperti aku ni, perasaan ketika melangkah masuk ke panggung tu memang dah sebak. Apa lagi ditambah dengan lagu Bila Cinta tu berkumandang. Sayu!!! Tapi part yang paling aku rasa sebak bila Ayu kena pukul ngan Azmi. Kesian tengok. Dengar pulak suara si Lisa tu nangis2 merayu, tak tahan lagi dah air mata aku ni. Masa tu teringat lah ketika baca novel bagaimana seksanya hidup si Ayu tu ngan Azmi. So perasaan sayu + sedih tu hadir kerana diikuti dengan perasaan dari membaca novel tu. Maka bagi sesiapa yang belum baca novel memang tak berapa "feel" sebab kalau ikutkan terlalu singkat nak diceritakan dalam masa 90 minit tayangan. Mana nak sama dengan 900 muka surat novel tu.
Apa2 pun aku memang berterima kasih dengan pihak2 yang mereliasikan novel ini kepada filem. Tahniah juga kepada pelakon2 utamanya yang berjaya membawa watak masing2.

No comments: