Thursday, February 5, 2009

Fruit Cake and Old Friends




Sabtu yang lepas aku masak fruit cake kegemaran suamiku. Bukan apa, maklumlah esoknyer nak keluar dengan kawan-kawan jadi kenalah ambil hati bos dulu sebab nak kena tinggal...Tetapi aku pun enjoy baking ni so seronok apa dapat buat sesuatu yang memang kita berseronok ketika melakukannya.
Hari Jumaat sebelumnya pula aku pergi lunch dengan 2 orang kawan lama ku yang sama-sama belajar di UKM dulu serta tinggal serumah ketika itu. Banyak kisah suka dan duka dikenang kembali. Nampaknya selepas ini bolehlah aku berhubung semula dengan kawan-kawan lama ku yang sudah lama terputus hubungan. Dengan kecanggihan zaman IT sekarang ni, banyak perkara yang tidak terjangkau dek fikiran boleh berlaku. Seperti sekarang ni, aku begitu seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama di halaman "facebook".
Menyentuh perihal facebook ni, selain dari menghubungkan persahabatan yang sudah lama terputus, ia juga boleh mendatangkan mudarat. Tersilap langkah atau bahasa, banyak hati boleh terluka. Semuanya boleh dijadikan isu.
Ketika berjumpa dengan kawanku juga, ada berita sampai di telingaku yang mana ada yang mempertikaikan kenyataan ku di dalm majalah keluarga hari itu bahawa aku ini graduate from UiTM but not UKM. Wahai teman-temanku sekalian, sememangnya aku malu untuk mengaku bahawa aku UKM graduate kerana aku tak sempat habis pun belajar di sana kerana aku dismissed di tahun akhir pengajianku. Sememangnya ramai yang tidak menyedarinya kerana aku masih tinggal di Bangi ketika itu tetapi sudah bekerja di Bank Islam. Aku tidak malu untuk menyatakannya kerana aku harus berani untuk gagal sebelum menemui kejayaan.
Apa-apa pun aku begitu seronok dengan perjumpaan semula ini dan aku harap selepas ini kita semua akan terus berhubungan...

No comments: