Monday, February 16, 2009

Happy Valentine's Day






14 Februari merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu pasangan kekasih. Pada hari ini segala keromantikkan keluar. Ada yang celebrate dengan menhadiahkan bunga, coklat dan tak kurang ada yang siap pergi 'candle light dinner' lagi. Ketika ini juga lah habis dogol bunga-bunga ros di cameron highlands and tokey2 bunga pun tersenyum lebar sebab bisnes masyhuk. Ramai juga pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini supaya tiap tahun dapatlah mereka celebrate valentine merangkap anniversary. Sebenarnya kasih sayang ini bukan semata-mata untuk pasangan bercinta atau pasangan berkahwin sahaja, apa salahnya pada hari ini juga kita menunjukkan kasih sayang kepada keluarga seperti parents and siblings kita.
Aku pun bukanlah pandai sangat nak celebrate hari2 macam ni. Suamiku dari awal perkenalan dulu dah warning yang dia takkan bagi bunga kat aku sebab dia kata membazir. Bukanlah bermakna dia tak romantik cuma, dia lebih suka menghadiahkan benda lain selain dari bunga.Aku pun tak kisah sangat, janji dia tak lupa untuk terus menyayangi diri ini.
Sabtu yang lepas baru ni sempena hari kekasih anak jiran cum sedara aku kahwin. Bagi mengenang jasa dia yang rajin menolong di rumahku jika ada kenduri kendara maka aku buatlah cupcake untuk diberi kepada pihak rombongan lelaki. Memang lah tak seberapa tetapi yang penting ia adalah hasil titik peluhku sendiri dan ikhlas dari hati...

No comments: