Thursday, September 8, 2011

April 2011

Setelah lebih kurang 2 tahun FK menceburi bidang membuat kek ni barulah FK berani untuk membeli sebiji oven besar. Sebelum ni masih takut2 gak. Betul ke aku ni?! Sebelum ni dok pakai oven yang hubby beri masa mula2 kahwin dulu. Tp alhamdulillah, dengan oven kecik tu pun dah banyak merasa rezeki yang masuk dengan order2 dari customer. So, FK share lah gmbr oven baru FK tu... ;p




21 April pula birthday daddy FK. Kitaorg pergi dinner kat Victoria Station Jalan Ampang. Pastu kitaorg pakat ngan staf kat situ bg sepotong kek letak lilin untuk surprisekan daddy FK (padahal anak tukang buat kek ;p). Tersengih2lah daddy FK. Kebetulan lak malam tu cuma kitaorg n meja sebelah je yg ada. Meja sebelah tu ada geng2 artis n kebetulannya pula ada Ijoy suami Sharifah Shahirah tu. Dia tu geng golf hubby FK. So, FK mintalah hubby sound diaorg ajak amik gmbr sama2. Diaorg pun sporting, siap sama2 nyanyi lagu happy birthday lagi gitu. p/s: masa tu Nabil bawa girlfren dia yg skrg ni nk jd bakal isteri tu lerr... ;)


Oleh kerana 21 April tu tengah minggu, so ktorg buat birthday party untuk daddy FK hari sabtu, 23hb. Kiranya post-birthday party gitu. Temanya 70's. Ktorg buat bbq kat swimming pool bawah rumah FK ni. Masa ni gak first time FK buat 2-tier stacked fondant cake. Apa tu? Layan je lah gambar2nya... ;p
Masa party ni juga parents FK kiranya celebrate skali diaorg punya anniversary yg ke-34. Actually anniversary diaorg bulan Mac, tapi masa tu mak FK kat Qatar, umah adik FK.

Haaa...inilah 2-tier stacked fondant cake tu...maknanya 2 tingkat tp x pakai tiang tu...







Akhir bulan April tu pula, wedding cousin FK, Noredayuni. Majlisnya diadakan kat Kuantan, rumah parents dia. FK buat cupcake n cake wedding tower. Temanya putih dan merah. Tapi sayang, gambar ngan pengantin tak sempat nak amik. :(



No comments: