Thursday, October 28, 2010

Tuanku's 80th Birthday

Salam. Semenjak dua menjak FK sgtlah sibuk berulang-alik ke kampung kerana menguruskan urusan persediaan untuk berpindah ke sana. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Selain itu juga, 24 Oktober merupakan hari keputeraan KDYMM Sultan Pahang. So, secara x langsung FK n hubby pun memenuhi undangan majlis sempena hari keputeraan tersebut.

Untuk majlis penganugerahan pingat tahun ini, seniwati Rosnani Jamil menerima pingat DIMP yang membawa gelaran Dato' dari Tuanku. Selain itu, Sofea Jane juga bergelar Datin setelah suaminya, Meor Zain Azman mendapat pingat yang sama. Beberapa kelibat artis yang kelihatan pada majlis itu termasuklah Wafa Abdul Kadir, Sheila Majid dan suami, Dato' Mustapha Maarof - menerima pingat DSAP, Hasbullah Awang - DIMP dan Dato' Siti Nurhaliza serta suami.

Untuk majlis di sebelah malam pula, FK tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama beberapa artis yang hadir. Tapi yang paling FK seronok kerana dapat bergambar dengan Dato' Siti Nurhaliza. Sudah lama hasrat tersimpan di hati...baru kali ini dapat. Cuma kalau boleh lain kali nak berborak lak dengan dia...hehehe. Ini adalah antara gambar2 yang FK ambil...





3 comments:

Anonymous said...

lawa la abg kamal. eh dpt gambo dgn ct nurlaliza la.. wohooo

Farah Kamal said...

tau xpe...tp...abg kamal je ke yg lawo?! hehehe...itulah, dpt amik gmbr ngan ct...puas hati... ;)

Red Scoot said...

akak pun suka sangat ngan ct... seronok la farah yer dpt bergambar dgn retis.....