Tuesday, September 21, 2010

Hari Raya Aidilfitri 2010

Salam. Terlalu lama rasanya menyepi dari blog ni. Terlalu sibuk kononnya. Walaubagaimanapun rasanya masih belum terlambat untuk FK mengucapkan Selamat Hari Raya. Tahun ini sambutan hari raya FK dan keluarga dengan tak semena2 menjadi meriah sebab lagi 2 hari nak raya adik FK yang duduk di Qatar ambil keputusan untuk pulang beraya ke Malaysia. Kiranya inilah kali pertama kami sekeluarga meyambut hari raya bersama. Ada satu tahun tu cuma adik FK n anak2nya je yang balik, tapi kali ni suaminya pun turut serta.

Sebenarnya dah banyak kali merancang untuk ambil gambar potret keluarga tapi tak pernah berkesempatan. So, tahun ni sepupu FK buka "home studio" dirumahnya, apa lagi teruslah kami ambil peluang. Macam2 aksi masa sesi penggambaran tu. Kecoh! Memang satu pengalaman yang menyeronokkan lah.

Tahun ni juga FK berkesempatan untuk bertemu dengan kawan2 lama zaman persekolahan dulu. Masing2 dah berderet anak...hehehe...FK je yang masih lagi dalam mood ber"honeymoon" yang tak habis2...Apa2 pun tak kisahlah, janji happy! ;)




4 comments:

Lynda.CG said...

waaaaaaaah! abang kamal posing kemain! hehe

Farah Kamal said...

bkn senang nak suruh dia pose...selama ni klu nk amik gambar mesti dia buat muka...main2... :)

Red Scoot said...

sweet couple !

Farah Kamal said...

tq...