

Lepas tu, dalam pertengahan bulan Julai tu, ayah FK mendapat rezeki lebih so dia offer FK n hubby utk sama2 menunaikan Umrah dengannya n mak FK. Kiranya kami pergi berempatlah. Menyambut awal ramadhan di tanah suci Mekah. Memang bagai org mengantuk yg disorongkan bantal. Dah lama FK mengidamkan untuk menunaikan Umrah lagi setelah FK pergi pada kali pertama di tahun 1997 dulu. Lebih2 lagi kali ni dapat merasa berpuasa di sana serta bertarawih di Masjidil Haram. Setelah menyelesaikan beberapa urusan di sini, kami berempat terbanglah ke Tanah Suci Mekah.
Banyak betul perubahan Mekah dan Madinah sekarang. Totally different. Tapak hotel yg FK duduk dulu dh jd bangunan hotel n shopping mall besar. Jalan di luar Masjidil Haram tu pun dh jd jln besar. Masih teringat dulu bilik hotel yg Fk duduk tu betul2 sebelah speaker Masjidil Haram. Sekarang ni kena berjalan kaki lebih kurang 5-8 minit untuk ke masjid. Tapi xpelah kan, boleh kumpul lebih pahala...hehehe...insya-Allah. Suhu pd ketika itu memanglah teramat panas sehinggakan mencecah ke 48c. Tetapi memang terasa amat tenang berada di sana. Tidak memikirkan apa2 selain dari beribadat kepada-Nya. Suasana ketika berbuka juga seronok. Dan ketika bulan ramadhan ini juga, orang2 di sana sgt suka bersedekah. Walaupun setakat menyediakan tisu utk mengelap peluh ketika bertawaf. Sesungguhnya mereka tahu ganjaran yg akn diperolehi memang sgt lumayan. :)
Di sini, diantara doa kami agar dikurniakan cahayamata dengan segera. FK juga mendoakan diri FK agar Allah swt membuka pintu hati FK untuk menjadi seorang ibu. Sesungguhnya sebelum ini FK amat takut dan berasa tidak bersedia untuk menjadi ibu. FK merasakan belum layak untuk itu...
Memandangkan hotel penuh, kami cuma dapat bermalam di Madinah selama 2 malam sahaja. Alhamdulillah, sempat juga FK menunaikan solat berjemaah di Masjid Nabawi dan melakukan solat sunat di Raudhah. Terasa sgt sayu di hati ketika berada di Madinah kerana memikirkan betapa dekatnya diri ini dengan Nabi Muhammad saw. Dapat menjejakkan kaki lagi ke masjid baginda...lebih dr seribu rahmat. Ya Allah, aku betul2 bersyukur...
No comments:
Post a Comment