Showing posts with label Rose. Show all posts
Showing posts with label Rose. Show all posts

Friday, June 19, 2009

Chaiyo! Chaiyo!

Salam. Hari ini, tak sempat tunggu 1-2 hari pagi2 lagi aku dah mengeluarkan "favourite toy" aku iaitu.....My Kenwood Mixer. Tak sabar aku nak practice buat ros tu. Kalau ikutkan hati dari malam tadi dah nak buat tapi risau lak kot2 suamiku bising tak habis2 dengan keknya. Anyway, kebetulan pagi ni suamiku keluar awal kerana ada meeting maka awal juga lah bermulanya projek aku ni.
Tapi, aku masih tak pakai buttercream sebabnya aku malas nak mengemas dan mencuci peralatan yang berminyak2 nanti sebab petang ni aku nak kena masuk office kerana ada appointment n beberapa perkara yang harus diselesaikan hari ini juga. Aku cuma pakai royal icing untuk practice ros tu.
Setelah berpuluh ros yang aku hasilkan dan sakit2 pergelangan tangan aku ni, maka aku rasa dapatlah juga rentaknya macam mana nak menghasilkan ros. Tapi ros aku tak sama dengan ros Kak Jun, lebih kepada wilton rose. Namun, aku suka jugalah dengan hasilnya walaupun masih belum puas hati dan "perfect".
Nampaknya, adalah kek yang akan dihasilkan dengan penuh bunga di atasnya dalam masa terdekat ni. So, my next project is "steamed a.k.a poured buttercream" . Tunggu!!!

p/s: I wonder what am I going to do with those roses?! :lol:





Thursday, June 18, 2009

Thanks Kak Jun - Cupcakekasih

Salam. Ari ni lepak lagi di rumah. Order pun xde minggu ini cuma hari Ahad nnti je. Insya-Allah minggu depan order yang menunggu dah ada 3. X tau lah klu ada yang nak menambah lagi...dipersilakan. Petang tadi aku pergi melawat "makcik" kat Lorong Haji Taib. Tapi jangan salah faham bila aku sebut lorong tu. "Makcik" yang aku maksudkan ialah, amoi + nyonya yang kat kedai Bake With Yen tu.
Dapatlah aku mengisi semula kekosongan di dalam kabinet bahan2 kuih aku tu dan yang paling seronoknya aku dapat membeli rose nail seperti yang disyorkan oleh Kak Jun. Maka apabila pulang je ke rumah terus aku test skill buat ros tu. Bolehlah, for the first timer and without anyone beside to guide me. Lagipun aku cuma pakai chocolate ganache, malas nak bancuh buttercream untuk buat ros tu sebab hari dah petang n suami aku dah nak pulang. Jadi kena lah bersiap untuk menyambut kepulangan suami tercinta.
Seperti yang Kak Jun cakap lagi, buttercream yang dibancuh perlulah betul supaya bunga ros tu nanti cantik je nampak kelopaknya. Insya-Allah dalam sehari dua ni aku akan mencuba cara2 yang telah diterangkan itu. Lagipun once again - practise make perfect. So kat sini aku upload lah 1st and 2nd rose that I've ever made (at this moment).

This is my first attempt...




This is my second attempt...




Monday, June 15, 2009

Practice Makes Perfect

Salam. Hari ni aku terjumpa satu cara untuk buat fondant roses yang sangat senang dari youtube. Tak perlu nak pakai cutter cuma bulat2, tekan and cantum. Aku try lah buat, resultnya ok gak. So, lepas ni kalau aku nak letak atas cupcake tu dah kira senanglah nak buat. Kalau tak tu geram je aku nengok orang punya rose cantik, aku punya kuncup je... Cuma lepas ni kena practise lah lagi supaya makin cantik. Kalau kebanyakkan bunga lain tu memang dah ada cutter so xdelah susah sangat...