Apa2 pun kepada Fakhrul n Ayu, tahniah dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...ameen...

Pada pertengahan Jun 2011 tanggal 18hb, nenda tercinta telah kembali ke rahmatullah pada usia 76 tahun. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...ameen. Istimewanya nenda FK ni, sepanjang hayatnya, beliau merupakan seorang yang pemurah. Suka bersedekah dan memberi. Oleh kerana penyakitnya, organ dalaman beliau rosak. Tapi doktor beritahu, hati allahyarham dalam keadan baik dan sangat cantik ketika habis hayatnya itu. Subbahanallah...wallahualam....
Pada hari pengkebumian ini juga, kami sekeluarga dapat menyaksikan air mata KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah menitis. Allahyarham merupakan ayah saudara yang rapat dengan baginda termasuklah anakanda2 Tengku Mahkota sendiri.

No comments:
Post a Comment