Pada mulanya, kandungan ini dijangka perempuan. FK pun seronoklah sebab FK memang suka anak perempuan. Tetapi pada minggu terakhir sebelum bersalin, doktor mengesahkan baby tu lelaki. Memang kalutlah sebab kebanyakkan barang yang dibeli warna pink!
Tapi sebenarnya, bila baby tu lahir, x kira lelaki atau perempuan memang kita berasa seronok sangat. Kami bersyukur kerana Allah swt makbulkan doa kami walaupun anak itu bukan darah daging kami sendiri. Tak dapat digambarkan perasaan ketika kali pertama dapat memangku Fahd. Sesungguhnya sangat indah saat itu. Sekarang barulah FK tahu betapa seronoknya menjadi seorang ibu... :)
No comments:
Post a Comment