Menghadap memandang ke laut memang kegemaran suamiku, dia boleh menghabiskan masa beberapa jam macam ni
Inilah rupa bilik penginapan kami tetapi belum sepenuhnya kerana kalau diikutkan bilik ni agak selesa besarnya
Ini sebelah petang ketika bangun tidur kerana keletiahan perjalanan kami
Salam. Tahun ini suamiku ingin mengulangi tempat yang telah kami pergi tahun lepas kerana keindahan dan ketenangan di sini tidak puas dirasai. Sememangnya kami suka menghabiskan masa di kepulauan setiap tahun dan tahun ni kami kembali ke Pulau Perhentian.
Istimewanya Pulau Perhentian ini adalah kerana ia merupakan sebuah pulau taman laut yang mana biasanya jika di pulau-pulau lain taman laut hanya terletak di satu tempat di sebuah pulau itu. Berbeza dengan Pulau Perhentian, sebuah pulau itu dikenali sebagai taman laut kerana kita dapat melihat batu karang yang sesetengahnya masih hidup dan hidupan laut hanya di tepi pantai di luar bilik penginapan.
Sebenarnya ketika menulis blog ini aku masih berada di pulau. Aku akan menghabiskan 4 hari 3 malam disini. Aku sampai pada hari rabu dan hari ini (Jumaat) sudah ramai pelancong-pelancong tempatan yang mula mendaftar masuk ke pulau ini memandangkan sudah bermulanya cuti sekolah. Kalau sebelum ini biasanya kepulauan ini dipenuhi dengan pelancong-pelancong luar terutamanya dari Eropah.
Berbanding pada tahun lepas aku ke sini pada bulan Februari yang mana ketika itu angin monsoon masih belum habis sepenuhnya jadi keadaan laut agak bergelombang besar ketika perjalanan dari tanah besar ke pulau. Kali ini lautannya agak tenang dan alhamdulillah, tidaklah kecut perutku ketika naik speed boat tu.
Oklah, aku berhenti di sini dahulu dan akan ku sambung aktiviti-aktiviti yang telah ku lakukan di sini nanti dalam sambungan seterusnya...chiow..
No comments:
Post a Comment