Salam. Malam tadi aku, hubby, and my parents pergi berkaraoke. Sebenarnya memang dah lama sangat ayahku mengajak aku pergi karaoke tetapi tak pernah berkesempatan. Mak n ayah aku memang kaki karaoke, kalau ikutkan kat rumah diaorang di kampung tu set karaoke n sound systemnya itu boleh bukak satu pusat karaoke tapi biasalah orang berumur, selection lagu diaorg kuranglah menawan sket.
Bagi aku plak, menyedari kekurangan diri ini maka tak pernahlah aku membuka mulut untuk menyanyi berkaraoke ini walaupun seorang diri di rumah. Aku sendiri pun malu nak mendengar suara aku apatah lagi nak diperdengarkan kepada orang lain. Oh, tidaklah! Tetapi semuanya bermula pada tahun lepas ketika adik lelaki ku baru melangsungkan perkahwinan dan adik perempuanku pulang bercuti bersama suaminya ke Malaysia. Kami bertiga bersama pasangan masing-masing pergi berkaraoke dan itulah detik pertama di dalam hidupku terlibat dengan aktiviti ini. Seronok jugak rupanya. Lantak pi lah suara tak sedap, janji hati happy. Bukannya nak ujibakat untuk AF ke, Bintang RTM ke atau pun OIAM.
Berbalik kepada malam tadi, selain dari kami berempat aku ajaklah 'BFF' aku (Kelly) untuk join skali. Apa lagi, gempaklah! Ayah aku pun ada kawan dia yang join tapi kesian nampaknya dia tak berapa enjoy malam tadi...
4 comments:
waaaaah!! jeles nape aha k.kelly kite takde!!!!! :p
lain kali plak ek...nnti kt buat lg gempak!
wah...semangat betul Tengku Haji tu menyanyi ek?! hihihi...
tulah pasal..terangkat kopiah atas kepala...hihihi...
Post a Comment