Salam. Lama sangat dh x update blog. Sebenarnya byk cerita yg nk share tp dok tertangguh2 pastu dh lupa. Ini pun main lompat je ke aktiviti hari ni.
Bila tiba musim raya ni sibuklah kita semua keluar mencari barang2 utk menyambut hari raya nanti n salah satu nya baju raya. Tahun ni FK memilih warna merah terang...dh lama x pakai warna favourite FK ni tp thn ni amik je lah. Bkn apa, biasanya hubby x nak sbb dia takut nmpk hangus...hehehe...maklumlah, warna baju mesti sedondon...harus! Tapi nasib baik gak sbb kain FK tu warna merah dan ada corak gold so FK amik kain baju melayu gold utk hubby. So, kena lah cari kain sampin merah utk hubby...nk matching lah katakan... ;)
Oleh kerana hubby FK ni besar, maka dia x muat pakai sampin standard yg jual kat kedai2 tu so mmg susah kerja lah sket nk mencarinya. Tapi thn ni FK teringatkan kain tenun Pahang. So, FK pergilah ke kwsn perindustrian kain tenunan Pahang di bandar Pekan. Cantik2 kain sampin n harga pun berpatutan. Sempatlah FK snap beberapa keping gmbr org sedang menenun.
Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, August 18, 2010
Monday, August 2, 2010
Luahan Hati Saya
Kadang2 FK pelik dengan manusia ni, teringin nak belajar tetapi tak nak keluarkan kos. FK pun bukanlah pandai tetapi FK keluarkan modal untuk pergi ke kelas belajar baking. Kalau tak pun FK cari resepi kat internet dan cuba. Bukan sekali ye, berkali2 kadang tu baru menjadi. Semua resepi tu pun ada bahan, so kena cari n beli. Jadi, kalau dah nak belajar, resepi n bahan disediakan, apa salahnya kalau dikenakan bayaran yang sepatutnya. Lagi pun, masa yang dikeluarkan untuk mengajar tu perlu diambil kira. Cuma perlu datang ke kelas lenggang kangkung, resepi diberi, bahan disediakan, makan disediakan, tak perlu nak mengemas n boleh bawa balik lagi hasil yang dibuat tu. Itu tak diambil kira kos2 kecil seperti elektrik, air dan sebagainya.
Cubalah berfikir, orang yang mengajar tu pun ada kehidupan. So, kekadang tu terpaksa melepaskan perkara lain bagi memenuhi kehendak pelajar. Tetapi bukanlah merungut, sebab bila dapat mengajar maka ada lah sedikit pendapatan diperolehi. Sama2 memerlukan. Pelajar memerlukan ilmu n pengajar memerlukan pendapatan. Ada ke orang suka2 je buat kuih setiap hari. Kalau ya pun sebab minat, sekiranya ia mendatangkan hasil lagi lah seronok. Kalau nak kata orang tu dah kaya sangat n baking tu sebab minat, naik jelak juga dia kalau dah nak baking sepanjang masa.
FK pun tak pernah terfikir pun nak buat kelas pada mulanya tetapi ada request kononnya nak datang belajar tapi bila sampai masa berdiam seribu bahasa. Kalau resepi tu senang2 je orang nak kalau bagi percuma. Selama ni FK tak pernah berkira kalau orang minta resepi tetapi bila orang komplen kata kelas mahal memang FK sedikit bengang. Kalau ikutkan yuran tu pun bukannya lebih banyak. Cuba baca betul2 modul kelas sebelum mengatakan bahawa kelas tu mahal.
Oklah, FK tak suka seenarnya nak buka luahan hati secara terbuka macam ni cuma hari ni memang sedikit bengang rasanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)