.jpg)

Salam. Seronok sungguh aku kerana aku telah berjaya menjejakkan kaki ke kedai tudung Ariani. Bukannya apa, dari hari tu aku sibuk sangat takde masa nak menjengah ke kedai tu. Aku pun teringin gak nak melaram ngan fesyen tudung terbaru ni ala2 tudung ekin tu lah. Bukannya kat kedai lain takde jual tapi biasanya diaorang pakai saiz standard je. Memandangkan muka aku ni bulat, maka terpaksalah mencari saiz tertentu.
Dulu aku teringin sangat nak pergi ke Sri Munawwarah tapi sekarang tak sampai2 lagi. Kedainya pun nun kat damansara..malas plak aku nak perginya. Apa2 pun aku betul2 berpuas hati lah dapat pakai tudung ni...nampak cantik lagi..chewah!
Lagi satu yang seronoknya aku dah dapat cari kedai untuk menempah kasut bagi kaki ku yang macam kapal ni. Harganya pun boleh tahan memandangkan ianya dibuat mengikut spesifikasi kaki kita sendiri. Lepas ni penuhlah rak kasut kat rumah aku tu...
Maka kat sini aku letaklah gambar yang aku perasan cantik tu...